Wednesday, June 3, 2015

PERSATUAN TMK KDC KEMAS 2012 (FASIHAH)


BIL
PERKARA
ISI KANDUNGAN
1.
3. KERTAS KERJA
3-6
2.
4. PENGURUSAN PERSATUAN
4.1 PERLANTIKAN JK PERSATUAN

7

4.2 MINIT MESYUARAT
8-10

4.3 MERANCANG AKTIVITI
9

4.4 MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN PERLEMBANGAAN
10-21
2
5. PENGENALAN KONSEP /TEORI
5.1 DEFINISI

22

5.2 KONSEP/TEOERI
22-23

5.3 CIRI-CIRI
23
3
6. IDENTITI PERSATUAN
6.1 LOGO

23

6.2 MOTO
23
4
7 SISITEM FAIL
7.1 FAIL

24

7.2 SISTEM FAIL
24

7.3 FAEDAH SISTEM FAIL YANG BAIK
24

7.4 PENYIMPANAN DAN PENGENARAN FAIL
24
5
8 PENGURUSAN PERSATUAN
8.1 PENGENALAN

25

8.2 SUMBER DAN JENIS PERBELANJAAN
25-26

8.3 AKAUN YURAN
26

8.4 AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
27

8.5 AKAUM PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
27

8.6 KUNCI KIRA-KIRA
28
6
9 PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT
9.1 PENGURUSAN MESYUARAI

29

9.2 PENGERTIAN MESYUARAT
30

9.3 CIRI-CIRI MESYUARAT BERKUALITI
30

9.4 PERANAN PENGERUSI,SETIAUSAHA DAN AHLI JAWATAN KUASA
31-33

9.5 PROSES PENGENDALIAN MESYUARAT
33-34
7
10 SURAT MESYUARAT
34

10.1 PANDUAN MENULIS SURAT
34-35

10.2 PENANDA WACANA DALAM SURAT RASMI
36

10.3 SAPAAN
37

10.4 PROSUDER PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN
37
8
11PROTOKOL DAN ETEKIT
11.1 PENGENALAN

38

11.2 MAJLIS RASMI
38

11.3 SUSUNAN TEMPAT DUDUK
38

11.4 SUSUNAN BENDERA
38

11.5 SAPAAN DALAM MAJLIS
38

11.6 PENYEDIAAN ATURCARA MAJLIS
39
9
12 ISTIADAT BENDERA
12.1 PENGENALAN

40

12.2 SUSUNAN DAN KEDUDUKAN BENDERA
41-43
10
13 PENGURUSAN PAMERAAN
13.3 SUSUN LETAK
13.4 PENGURUSAN SEBELUM,SEMASA,DAN SELEPAS MAJLIS

44-45
46
11
REFLEKSI AJ
47-56
12
REFLEKSI INDIVIDU
57-58
13
RUJUKAN
59







































3.Kertas kerja.










Kertas Kerja  :
Pameran Persatuan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
TARIKH:
05 DISEMBER 2013 MASA:
10.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI TEMPAT:
LOBI MENARA IPG KBM
DIANJURKAN OLEH:
UNIT KOKURIKULUM DENGAN KERJASAMA KDPM KDC KEMAS AMBILAN NOV 2012 DAN KDPM KDC KEMAS AMBILAN NOVEMBER 2011






1.0 PENDAHULUAN
Pameran fotografi ini adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT KDPM KDC KEMAS Ambilan November 2012. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Performa Persatuan bagi peringkat dua atau bagi semester dua pelajar IPG dan seterusnya mendedahkan pelajar kepada aktiviti berpesatuan. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh pelajar apabila melakukan aktiviti di sekolah.
2.0 MATLAMAT
Matlamat pameran ini adalah untuk memenuhi tuntutan sukatan pelajaran atau performa persatuan bagi pelajar semester dua. Pengendalian aktiviti dan perancangan aktiviti serta pelaksanaan aktiviti persatuan juga merupakan kemahiran yang didedahkan dalam sukatan pelajaran persatuan.
3.0 OBJEKTIF
Diakhir pengajaran dan pembelajaran persatuan bahagian dua atau semester dua, pelajar dijangka dapat:
3.1 Merealisasikan pameran TMK bagi performa persatuan semester dua
3.2 Meningkatkan pengetahuan ICT dalam kalangan pelajar dalam bentuk riadah dan rekreasi
3.3 Meningkatkana keberanian dan keyakinan dalam diri pelajar semasa menyertai aktiviti yang disediakan
3.4 Melahirkan pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa menyertai aktiviti dalam kumpulan
3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
4.0 MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 5 Disember 2013
Masa : 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Ruang Legar Menara IPGKBM
5.0 ATURCARA
Aturcara program adalah seperti dalam lampiran 1
6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1 Jumlah peserta : 51 orang pelatih KDPM KDC KEMAS Nov 2012 dan 2011
6.2 Jumlah pensyarah yang terlibat : 2 orang
7.0 Jawatankuasa Induk & AJK Perlaksanaan
Penaung       : Datin Siti Hanifah Bt Madarsa
(Pengarah IPGKBM)
(Timbalan Pengarah IPGKBM)
Penasihat      : En Noor Azuddin Mohd Noordin(Ketua Unit Kokurikulum IPGKBM
Penyelaras    : En Ahmad Taufix Bin Mahat
Cik Asiah Mohammad Hashim
(Pensyarah Persatuan)
Pengerusi 1  : Norshafini bt Shaiddin
Pengerusi 2  : Wan Nor Aidah Binti Wan mohd Rahim
Setiausaha 1            :Norlida Binti Mohd Sapiai
Setiausaha 2 :Jamilah Binti Abd. Hamid
Bendahari 1  :Fauziyah binti Amir
Bendahari 2  : Rossleeza Binti Ahmad
Ahli jawatan kuasa Induk  
AJK Protokol Siaraya: Nur Farhana llyani Binti Abdul HAdi
                                        Fasihah Binti MAnsor                  
AJK Persiapan         : Norhayati Binti Jalil
                                      Nurul Azuwa Binti Ahmad Rubian
AJK Jamuan             : Siti Maizatul Fozian binti Yahya
                                       Nor Mazalina binti Kadir
AJK Jemputan          : Nor Mariam binti Shahrudin
                                      Siti Sa’udah bt Mohd Said
AJK Hadiah              : Fauziyah bt Amir
                                      Rosleeza bt Ahmad
AJK Kebersihan       : Khamsiah bt Ramli
                                      Nurul Asyikin bt Ahmad
Pengacara MAjlis     : Nurul Nor Ziela  bt Ahmad Fadoli
                                      Liza bt Mohd Zaki
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan intuk pameran ini:
Bit
Perkara
Kuantiti
Jumlah (RM)
Catatan
1.
Cenderahati VIP
1 x 70.00
RH 70.00
Pelajar
2.
Cenderahati tetamu
4 x 25.00
RM 1W.00
Pelajar
3.
Hadiah logo dan fotografi
6 x 30.00
RM 180.00
Pelajar
4.
Jamuan
51 orang + 7 orang VIP x 6.00 (P)
RM 348.00
Moho dari IPGKBM
5.
Banner
i 1 x 130.00
RM 130.00
IPGKBM
6.
Runcit

RM 150.00
Pelajar

Jumlah

RM 978.00


Penutup.
Dengan adanya  pameran fotografi ini  dapat meningkatkan keberanian dan kenyainan dalam diri pelajar.Diharapkan dengan adanya pameran fotografi ini dapat meningkatkan kemahiran dalam ict pelajar.

4 PENGURUSAN PERSATUAN
4.1 PERLANTIKAN JAWATAN KUASA PERSATUAN
CARTA ORGANISASI
PERSATUAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI (TMK)
KDC  KEMAS KDPM AMBILAN 2012(KUMPULAN A)


Pensyarah Penasihat
:
CIK ASIAH BT HASHIM

Pengerusi
:
Norshafini bt Shaidin

Tim.Pengerusi
:
Khamsiah bt Ramli

Setiausaha
:
Norlida bt Mohd Sapiai

Pen.Setiusaha
:
Fasihah bt Mansor

Bendahari
:
Fauziah bt Amir

Ahli Jawatankuasa
:
Dayang Idrawati bt Ismail


:
Nor Hidaiyu bt Abdul Halim


:
Nurul Nor Ziela bt Ahmad Fodoli


:
Sarina bt Khalid


:
Nor Mariam bt Shahrudin


:
Siti Maizaton Fozian bt Yahya


:
Norhayati bt Jalil




















4.2  MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT
 PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) KALI KE 2,
KDC KDPM KEMAS 2013
 IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR.

Tarikh : 28 NOVEMBER 2013.
MAS A : 3.30 petang.
Tempat : BILIK KULIAH B1, ASRAMA DATO' AHMAD RAZALI

KEHADIRAN
1.
Cik Asiah bt Mohamad Hashim
Penasihat.
1.
Norshafini bt Shaiddin,
Pengerusi.
2.
Khamsiah bt Ramli..
Naib Pengerusi
3.
Norlida bt Mohd Sapiai
Setiausaha.
4
Fauziyah bt Amir.
Bendahari.
5
Siti Maizaton Fuzian bt Yahya

6
Sarina bt Khalid.

7
Nor Mariam bt Shahrudin

8
Norhayati bt Jalil.

9
Fasihah bt Mansor

10
Dayang Idrawati bt Ismail

11
Nurul NorZiela bt Ahmad Fodoli.

12
NurHidaiyu. bt Abdul Halim

1 Ucapan Pengerusi.
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberi ucapan salam dan mengucapakan jutaan terima kasih diatas kehadiran semua ahli pada petang ini.Mesyuarat pada petang ini adalah bagi kali ke dua dan membincangkan tentang aktiviti yang akan diadakan iaitu "Pameran dan pertandingan Fotografi yang bertemakan "Flora dan Fauna".
1. Pengesahan Minit Mesyuarat.
Minit Mesyuarat kali pertama telah disahkan oleh Puan Nor Mariam bt
Shahrudin dan disokong oleh Puan Maizaton Fozian bt Yahya.
2. Perkara - Perkara Berbangkit.
Tiada.
3. Perbincangan tentang Majlis 'Pameran Fotografi".
3.1 Pengerusi menyatakan bahawa Majlis Pameran Fotografi akan diadakan pada 5 Disember 2013.Majlis ini akan diadakan bersama-sama dengan kumpulan B.
3.2 Bagi melancarkan majlis pada hari itu,mesyuarat memutuskan untuk melantik ahli jawatankuasa induk yang akan bersama-sama dengan kumpulan B.Di harapkan semua ahli mengambil bahagian.
3.3 Melantik ahli jawatankuasa induk.
       Pengerusi
Norshafini bt Shaiddin.
       Naib Pengerusi :
Khamsiah bt Ramli.
       Setiausaha
Norlida bt Mohd Sapiai
       Bendahari
Fauziyah bt Amir.
       AJk Protokol/Siaraya :
NurHidaiyu. bt Abdul Halim.

Fasihah bt Mansor.

Dayang Idrawati bt Ismail.
       AJK Persiapan
Norhayati bt Jalil.
       AJK Jamuan
Siti Maizatul Fozian bt Yahya.

Salina bt Khalid.
       AJK Jemputan
Nor Mariam bt Shahrudin
       AJK Hadiah
Fauziyah bt Amir
       AJK Kebersihan            Khamsiah bt Ramli.
3.4 Majlis tersebut akan di rasmikan oleh Pengarah IPGKBM iaitu Datin Siti Hanifah bt Madarsa.
3.5 Cadangan tempat untuk jamuan VIP ialah di sudut tepi bahagian lega atau di tingkat 5.
      Tindakan Pn Norhayati bt Jalil.
3.6 Cadangan makan dan Minum pada hari itu ialah ada dua menu.
Pertama; Karipap.Sri Muka.Mi kari ,Teh O dan teh
Ke dua : Karipap,sri muka, nasi ayam dan air oren
Tindakan Pn siti maizatun Fozian bt Yahya.
3.7 Hadiah cenderahati untuk VIP dan pemenang pertandingan akan dibincangkan bersama kumpulan B.
      Tindakan Pn Fauziyah bt Amir.
3.8 Kutipan bagi seorang ahli akan di bincangkan di dalam mesyuarat bersama kumpulan B.
3.9 Mesyuarat perbincangan bersama kumpulan B akan diadakan pada pukul 8.00 malam.Semua ahli yang terlibat diwajibkan hadir.
4. Penutup
4.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan oleh semua ahli.Semoga majlis ini dapat diadakan dengan jayanya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
Laporan minit disediakan oleh,
..........................................
(NORLIDA BT MOHD SAPIAI)
Setiausaha,
Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
IPG Kampus Bahasa Melayu.


4.3 MERANCANG AKTIVITI  PERSATUAN
Aktiviti dirancang mengikut mesyuarat ahli jawatankuasa

4.4  MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN
PERSATUAN TEKNOLOGI  MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KDPM KDC KEMAS AMBILAN NOV 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
LEMBAH PANTAI 59990 KUALA LUMPUR
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,No.11,Tambahan No.41,Perundangan(A):P.U.(A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998,maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan(Perlembagaan) Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang selepas ini disebut sebagai “persatuan” sahaja.
FASAL  1   NAMA DAN ALAMAT TEMPAT  URUSAN
1.1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI  KDPMKDC KEMAS AMBILAN NOV 2012.Selepas ini disebut “Persatuan”
1.2 Tempat urusan dan alamat surat menyurat  Persatuan ialah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur atau di tempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa
FASAL 2 LOGO
2.1  
2.2 KETERANGAN LOGO
Logo terdiri daripada satu bentuk bulat glob dunia melambangkan teknologi di zaman muktakhir ini tanpa sempadan dan segiempat tepat pula bermaksud maklumat boleh menerima, berkongsi data atau maklumat walaupun berada di mana-mana.
2.3  MAKSUD LOGO 
Warna  Hitam  - Semangat yang tinggi dalam perjuangan dan berdedikasi serta cekap dalam melakukan apa jua bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pelajar KDPMKDC KEMAS Ambilan Nov 2012 khasnya dan pelajar IPGKBM amnya.
Warna Hijau – Harmoni, natural dalam mendukung cogan kata “Disiplin Asas Kecemerlangan” serta komited dalam menyebarkan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi dengan seluas-luasnya tanpa sempadan.
Glob Bumi - Teguh dalam menjayakan cita-cita negara dengan menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai landasan ke arah kecemerlangan seantero pelusuk dunia.
Nama persatuan di atas glob bumi – bermaksud kepentingan persatuan pada institut atau pusat pengajian dalam penggunaan medium multimedia bagi segala aktiviti serta halatuju persatuan ke arah maju ke hadapan.

FASAL 3 PENGGUNAAN LOGO DAN KEPALA SURAT
3.1 Logo dan Kepala surat “Persatuan” hanya boleh digunakan oleh ahli persatuan ini sahaja.
FASAL 4 MATLAMAT
4.1 Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek.
FASAL 5 OBJEKTIF
5.1 Untuk menanam semangat daya usaha, pemikiran sihat, hasrat dan cita-cita yang jitu dan kental serta mempunyai sifat-sifat rohaniah dan jasmaniah, dunia dan akhirat untuk setiap ahli. 
5.2 Memberikan peluang dan memdedahkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kepada ahli serta menganjurkan kursus, seminar yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
5.3 Untuk merancang, melaksanakan dan menilai program dan aktiviti ahli termasuk bekerjasama atau bergabung dengan persatuan lain yang mempunyai tujuan yang sama bagi berhubung dengan kerajaan dan agensi lain untuk rancangan yang berfaedah bagi memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta lain-lain aktiviti seperti pelajaran, pembangunan, ekonomi, sosial dan kerohanian.
5.4 Mengemaskinikan segala usaha dan gerak langkah dalam bentuk jangka pendek dan jangka panjang sehingga ke peringkat memiliki hartanah, bangunan, dan sebagainya.
5.5 Mengusahakan dan membangunkan aktiviti yang berprestij, global dan menekankan kaedah-kaedah terkini serta kehendak semasa.
5.6 Menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini, dan tidak sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan  ini.
FASAL 6 KEAHLIAN
6.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua Warga IPGKBM sahaja tanpa mengira jantina yang telah mencapai umur 18 ke atas dan berminat dengan bidang teknologi maklumat.  Bilangan ahli tidak terhad. Terdapat dua jenis ahli:
(a)      Ahli Tetap terbuka kepada individu yang mengikuti Kursus Dalam Cuti khususnya pelajar-pelajar  program KDPMKDC KEMAS AMBILAN NOV 2012yang berumur 18 tahun ke atas berminat dengan aktiviti teknologi maklumat. Mereka ini DIWAJIBKAN menjadi ahli persatuan ini. 

(b)      Ahli Biasa terbuka kepada Warga IPGKBM lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira jantina, agama, bangsa dan keturunan yang berminat dengan aktiviti teknologi maklumat dan komunikasi.             
6.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
6.3Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.
6.4Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan.
FASAL  7    BAYARAN MASUK , YURAN DAN BAYARAN LAIN   
7.1 Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
   Ahli Tetap          Ahli Biasa
Yuran masuk     :  RM 10.00         RM 10.00
 Yuran Tahunan  : RM  10.00         RM 10.00
7.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu  dalam tempoh  tiga bulan dari awal tiap-tiap tahun.
7.3 Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari  tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.
7.4 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang.                                                  
7.5 Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
FASAL 8 PEMBERHENTIAN  DAN PEMECATAN AHLI
8.1 Ahli yang hendak berhenti deripada menjadi ahli Persatuan, hendaklah  memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
8.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL  9      MESYUARAT  AGUNG
9.1 Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda  jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk mesyuarat.
9.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa ; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa  meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
9.3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah :
(a)  Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam tahun yang lalu ;
(b)  Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
(c)    Memilih Ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk  dua tahun sekali.
(d)   Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
9.4  Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.
9.5   Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan :
(a)   Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau
(b)  Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.
9.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
9.7 Pengumuman dan agenda  untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
9.8 Fasal 8 (1) dan 8 (2) didalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli  maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
FASAL  10  PENASIHAT/PENAUNG
10.1      Jawatankuasa boleh , jika difikirkan perlu , melantik salah seorang pensyarah-pensyarah di IPGKBM  menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.
10.2      Penasihat hendaklah memberikan nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
FASAL 11 JAWATANKUASA
11.1 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih didalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap dua tahun sekali:
Seorang Pengerusi.
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
7 orang Ahli Jawatankuasa Biasa ( dua dilantik oleh Pengerusi)
11.2 Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
11.3 Nama  untuk  jawatan di Fasal 9(1)  di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihannya dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap dua tahun sekali.
11.4 Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan  mesyuarat  agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
11.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh tiga (3) bulan.Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
11.6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka  Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan Ahli-Ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang  di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;
(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu ; dan
(c)   Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
(d)  Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
11.7 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai  telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
11.8 Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam  Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
11.9 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan  kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.
11.10Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkanmustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa. 
FASAL  12    KEWAJIPAN-KEWAJIPAN  PEGAWAI
12.1 Pengerusidalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
12.2 Naib Pengerusiakan memangku jawatan Pengerusi dan menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
12.3 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi  dan Bendahari.
12.4 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan  Pengerusi  dan Setiausaha.
12.5 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL  13     KEWANGAN
13.1  Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang  ini wang  Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
13.2   Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.
13.3   Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi , Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.
13.4  Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 (Ringgit Malaysia Seribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan  terlebih dahulu oleh Jawatankuasa , dan perbelanjaan yang lebih dari RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang dari  RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Seribu) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi  bersama Setiausaha dan Bendahari.
13.5 Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang  ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat urusan Persatuan.
13.6 Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 14    PEMERIKSA KIRA-KIRA
14.1 Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.
14.2 Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga jika dikehendaki pada bila-bila  masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL  15    PENGAMANAH
15.1 Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendakklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Persatuan dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
15.2 Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Persatuan.
15.3 Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatan oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan. Jika berlaku  kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baharu dilantik di dalam Mesyuarat Agung.
FASAL  16  TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
16.1  Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
16.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
FASAL  17   LARANGAN
17.1  Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pau Kau, Tau Ngau, tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puloh Satu, Tiga Puloh Satu, Sepuloh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, permainan video dan semua permainan yang bergantung  semata-mata kepada nasib;
17.2  Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau  Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;
FASAL 18 KEHADIRAN/ PENYERTAAN
18.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
18.2      Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.Tindakan membuang keahlian boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
FASAL 19 AKTIVITI
19.1    Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
19.2    Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
FASAL 20 PERATURAN-PERATURAN
20.1    Peraturan Institut adalah menjadi peraturan asas.
20.2    Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipaatuhi oleh semua ahli.
20.3    Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
FASAL 21 TINDAKAN DISIPLIN
21.1    Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
21.2    Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
            (2.1) Amaran Lisan
            (2.2) Amaran Bertulis
21.3    Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Penasihat secara bertulis dan keputusan Penasihat adalah muktamad.
FASAL 22  PINDAAN PERLEMBAGAAN
22.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
22.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli,ahli  jawatankuasa,penasihat atau pentadbirinstitut secara bertulis.
22.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
22.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengarah.
FASAL    23 PEMBUBARAN
23.1 Pengarah diberi kuasa untuk membubarkan persatuan ini jika didapati melanggarperlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
23.2 Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung tergempar.
FASAL  24 HAL-HAL LAIN
24.1    Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
24.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat
…………………..                  ……………………….                       …………………….
(                        )                      (                                   )                       (                             )
Setiausaha Persatuan        Pengerusi Persatuan                      Penasihat Persatuan



5.         PENGENALAN KONSEP/TEORI
5.1. DEFINASI
            Aktiviti kokurikulum sebenarnya telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara ini,iaitu sejak zaman penjajahan lagi.Aktiviti kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang.Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.
Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam kelas.Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada 3 kumpulan iaitu:
A.Unit Badan Beruniform
B.Persatuan/Kelab
C.Sukan/Permainan
5.2  KONSEP/TEORI
Aktiviti kokurikulum merupakan kegiatan yang dirancang atas lanjutan dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan memberi murid peluang untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang telah dipelajari dalam bilik darjah.
Kokurikulum juga merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan.Ini bermakna kurikulum dan kokurikulum adalah saling lemgkap melengkapi bagi menghasilkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek selaras dengan Dasar Pembangunan Pendidikan 2001-2010.Dasar ini juga dinyatakan dalam Kurikulum Kebangsaan 1997 iaitu,“Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk dalam kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayan,untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,rohani,mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Sebagai satu bidang pendidikan,penglibatan semua murid dan anggota mansyarakat adalah perlu.Bahawa semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan sahsiah yang bersepadu.
5.3  CIRI-CIRI
1-dapat meningkatkan dan memperkukuhkan disiplin murid kea rah pembinaan sahsiah yang bersepadu.
2-Menyedari dan memahami kepentingan dan faedah pengetahuan dan kemahiran bagi diri sendiri.
3-Berusaha mencari dan memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran baru.
4-Menghayati dan mengamalkan gaya hidup sihat.       

6.         IDENTITI  PERSATUAN
6.1  Logo

6.2  Moto
DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN


7.         SISTEM FAIL
7.1  FAIL
            Fail merupakan salah satu folder atau beg untuk menyimpan segala surat-surat atau dokumen-dokumen yang penting.Fail ini perlu juga diberi nama atau tajuk dan kadangkala diberi nombor panggilan supaya mudah di susun atau dirujuk kemudian hari.Seseorang setiausaha atau pengurus di sesebuah pejabat haruslah mahir dalam penyusunan fail pejabat dan setiap penerimaan atau pengeluaran surat  dari pejabat mesti ada satu salinan tersimpan dalam fail.
            Objektif  failing ialah memperkenalkan prinsip-prinsip,teknik moden dan tatacara di dalam pengerusan fail dan rekod organisasi bagi meningkatkan produktiviti dan menguruskan fail dan rekod secara efektif dan berkesan.
7.2 Sistem fail
            Sistem fail adalah proses menyimpan segala rekod  dan dokumen untuk simpanan selamat atau rantaian aktiviti yang telah dijalankan dari bermula hingga tamat aktiviti.Sistem fail juga satu proses klasifikasi,penyusunan,penyimpanan dan pelupusan rekod supaya mudah diperolehi dengan cepat dikehendaki.Sistem ini juga dapat menambah kecekapan pentadbiran dan juga pengurusan sesebuah persatuan.
7.3 Faedah sistem fail yang baik.
Faedah sistem fail yang baik akan membolehkan  pengesanan dan pengeluaran fail dengan segera. Dengan ini pengeluaran fail dengan segera,sesuatu maklumat dapat diperolehi dengan segera serta tindakan dapat diambil dengan segera.Keadaan ini dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran serta member kepuasan kepada pelangan.
7.4 Penyimpanan dan pengedaran fail.
Penyimpanan fail
            Fail hendaklah disimpan di bilik rekod dengan menggunakan rak yang sesuai dan hendaklah dilebelkan bagi memudahkan pengesahan fail.Fail terperingkat pula hendaklah disimpan dalam cabinet berpunci yang berpalang.Rak bergerak yang berkunci  atau bilik kebal sesuai dengan arahan keselamatan.Pergerakan fail hendaklah direkodkan.
Pengedaran fail.
            Surat yang hendak diedarkan bersama-sama failnya.Ketua-ketua Jabatan memastikan prosedur-prosedur berikut hendak dipenuhi oleh semua kakitangan.:
1.Masukkan surat –surat yang diterima ke dalam fail.
2.Kertas minit adalah pentng baik mencatat segala arahan dan keputusan berhubung sesuatu perkara.
3.Rekodkan pada kertas minit bagi surat masuk.
4.Rekodkan pada kertas Minit tindakan kerja,nama pegawai dan tarikh.
5.Pergerakan fail hendaklah di rekodkan bagi memudahkan pengawalan dan pengesanan fail.
6.Mengedarkan fail berkenan kepada pegawai yang dipertanggunjawabkan untuk menguruskan surat tersebut. (berdasarkan kenyataan pada kertas minit).
7. Catatatkan pada kertas minit jika ada surat jawapan yang dikeluarkan untuk menguruskan surat yang masuk.
8.Terima baik fail daripada pegawai berkenaan.
            Fail-fail yang mempunyai pengkelasan keselamatan hendaklah diuruskan dengan cara yang berlainan daripada fail-fail Terbuka/ Terhad.Pengedaran hendaklah digunakan beg berkunci dan kuncinya dipegang oleh pegawai yang berkaitan dengan urusan tersebut.

8.         PENGURUSAN KEWANGAN KELAB DAN PERSATUAN
8.1 PENENALAN
Pengurusan Kewangan adalah satu perkara utama dan paling penting dalam sesebuah kelab atau persatuan yang tidak bermotifkan kepada keuntungan semata mata. Tujuan utamanya ialah memberi faedah dan kemudahan rekreasi aktiviti yang dijalankan. Dalam mesyuarat agung tahunan, laporan kewangan tahunan organisasi haruslah dibentangkan kepada ahli dan satu salinan haruslah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan.Tanpa  pengurusan  kewangan  yang  baik dan sempurna maka perjalanan persatuan atau kelab berkenaan akan pincang dan akhirnya terus berkubur.           
8.2  SUMBER – SUMBER HASIL
Sumber utama hasil kelab dan persatuan adalah daripada yuran pendaftaran dan yuran tahunan dari setiap ahlinya. Selain daripada itu sumber kewangan yang boleh diperolehi ialah akaun wang SUWA, tajaan, kutipan, dan sumbangan pihak luar dan usaha ahli.
8.2.1  Akaun yuran
                Akaun Sumbangan Wang Asing atau lebih dikenali sebagai akaun SUWA.
            Akaun ini bukan dari peruntukan Kementerian Pendidikan tetapi sumber
            akaun wang SUWA adalah dari kutipan, yuran ahli, derma dan sumbangan
            lain. Wang ini boleh digunakan bagi perbelanjaan kepada aktiviti kokurikulum.
8.2.2  Tajaan
                Tajaan daripada syarikat – syarikat bagi menampung perbelanjaan aktiviti
            kokurikulum dan pertandingan. Contoh tajaan adalah sumber kewangan dan
            tajaan hadiah.
8.2.3 Kutipan derma dan sumbangan pihak luar
Cara lain yang boleh dianjurkan oleh pihak persatuan ialah melalui kutipan
            derma dan sumbangan pihak luar. Cara memohon sumbangan ini seperti
            membuat surat rayuan, membuat jualan amal dan mengadakan aktiviti
            Jogathon.
8.2.4 Usaha ahli
Ahli persatuan boleh berusaha mencari sumber kewangan bagi     melaksanakan
            aktiviti kokurikulum seperti menjual makanan, menjual baju terpakai, menjual
            surat khabar lama dan lain – lain lagi.

8.3 .AKAUN YURAN
Akaun Yuran
Bakib/b                                                  X
Pendapatan
 dan
Perbelanjaan                                           XX
Baki h/b                                                 X
                                                             XX
Baki b/b                                                 X
Bakib/b                                                  X          
Bank /Tunai                                        XX
Bakih/b                                                  X


                                                           XXX
Baki b/b                                                 X

8.4  AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
                               DEBIT                                                              KREDIT
PENERIMAAN
RM
PEMBAYARAN
RM
Baki wang pada awal tahun
Yuran dari ahli – ahli
Derma
Pulangan Yuran Ahli

Yuran kepada Ibu Pejabat
Perbelanjaan Pejabat
Alat tulis dan cetak
Belanjaan Pos
Keraian
Iklan
Baki pada akhir tahun
(i)            Wang tunai dalam tangan
(ii)          Wang tunai dalam bank



 Tandatangan :                                                         Tandatangan :
 Nama :                                                                      Nama :
 Jawatan :                                                                  Jawatan :
8.5  AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
                                                DEBIT                                                                        KREDIT
PENDAPATAN
TUNAI
BANK
PERBELANJAAN
TUNAI
BANK
Baki bawa hadapan
0.00
50.00
Pembelian Bahan Mentah
200.00

Yuran keahlian
120.00




Yuran tahunan
120.00







BAKI:
40.00

JUMLAH BESAR
240.00
50.00
JUMLAH BESAR
240.00
50.00

8.6  Kunci kira-kira.
                Penyata menunjukkan kedudukan sebenar kewangan sesebuah persatuan.Ianya juga menununjukkan harta dan hutang sebenar kewangan sesebuah persatuan.
AKAUN KEWANGAN PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
  AKAUN YURAN
Akaun Yuran
Baki b/b                                 RM      0.00              
Pendapatan dan
Perbelanjaan                         RM  220.00
              Baki h/b                  RM 120.00
     RM   340.00
Baki b/b                             RM   120.00


Baki b/b                                 RM 0.00        
Bank / Tunai                         RM  340.00
Baki h/b                                RM  0.00


RM  340.00              
Baki b/b                               RM  120.00               

   

AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
                                 DEBIT                                                              KREDIT
PENERIMAAN
RM
PEMBAYARAN
RM
Baki wang pada awal tahun
Yuran dari ahli – ahli
Derma
Pulangan Yuran Ahli
     0.00
240.00

100.00
    0.00
Yuran kepada Ibu Pejabat
Perbelanjaan Pejabat
Alat tulis dan cetak
Belanjaan Pos
Keraian
Iklan
Baki pada akhir tahun
(i)            Wang tunai dalam tangan
(ii)          Wang tunai dalam bank


 50.00
 50.00
 80.00

 20.00
 10.00

 10.00


120.00


  50.00
 Tandatangan :                                                         Tandatangan :
 Nama :                                                                      Nama :
 Jawatan :                                                                  Jawatan :

 AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
                                                DEBIT                                                                        KREDIT
PENDAPATAN
TUNAI
BANK
PERBELANJAAN
TUNAI
BANK
Baki bawa hadapan
0.00
50.00
Yuran kepada Ibu Pejabat
  50.00

Yuran keahlian
120.00

Perbelanjaan Pejabat
  50.00

Yuran tahunan
120.00

Alat tulis dan cetak
  80.00

Derma
100.00

Belanja Pos
  20.00




Keraian
  10.00




Iklan
  10.00




BAKI:
120.00

JUMLAH BESAR
240.00
50.00
JUMLAH BESAR
240.00
50.00

9.         PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT
9.1  PENGENALAN
Pengurusan mesyuarat bermaksud komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan dengan bertujuan membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.   Mesyuarat yang sah harus dihadiri dengan sebilangan ahli pertubuhan.di mana di peruntukkan dalam tataurusan persatuannya.Mesyuarat yang gagal mencapai kehadirian ahlinya , akan dianggap tidak sah dan sebarang keputusan yang dicapai tidak boleh dianggap sebagai keputusan yang  mewakili pertubuhan berkenaan.
9.2 DEFINISI PENGURUSAN MESYUARAT
Terdapat beberapa definisi tentang pengurusan mesyuarat antaranya,mesyuarat ditakrifkan sebagai perundingan sesuatu dalam mencapai keputusan dan membolehkan urusan lain berjalan dengan lancar.Ianya dapat memudahkan segala urusan yang telah di rancang,kerana di dalam mesyuarat melibatkan lebih daripada seorang individu dan pelbagai idea serta keputusan dapat di capai.Mengikut Noresah Baharom(2000) mendefinisikan mesyuarat sebagai "perundingan untuk membicarakan sesuatu atau mencapai sesuatu keputusan,dan perbicaraan.  Selain itu,mesyuarat juga didefinisikan sebagai satu perhimpunan kumpulan bagi sesebuah pertubuhan yang menggabungkan idea untuk mencapai sesuatu matlamat,matlamat yang hendak di capai kebanyakannya dalam keadaan yang kompleks dan faktor inilah yang menyebabkan mesyuarat perlu di laksanakan.
Secara kesimpulannya,dapat dijelaskan bahawa mesyuarat dapat ditafsirkan sebagai perjumpaan ramai untuk berbincang dan mencapai sesuatu keputusan.Dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberi,idea yang bernas akan diperolehi daripada perbincangan dalam mesyuarat bersebut. Mesyuarat juga suatu bentuk komunikasi dua hala antara individu dalam situasi formal bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.
9.3  CIRI-CIRI MESYUARAT BERKUALITI
Mesyuarat merupakan perbincangan yang memliki ciri-ciri mesyuarat yang berkualiti seperti :
1.    Mesyuarat harus diadakan dan dikawal oleh seorang pengerusi.
2.     Lazimnya.pengerusi mesyuarat pada masa yang sama merupakan pengerusi dalam pertubuhan.3
3.     Semua orang yang harus menghadiri mesyuarat akan dipanggil oleh seorang setiausaha.4
4.    Pada lazimnya , bagi mesyuarat yang penting, notis  akan dihantar kepada mereka yang terlibat dua minggu sebelum mesyuarat diadakan.5
5.    Perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat harus dicatat secara hitam putih oleh setiausaha.6
6.    Mesyuarat harus dijalankan menurut tatacara mesyuarat  dan agendanya.
Jenis –jenis mesyuarat
 Mesyuarat  Agung Tahunan
 Mesyuarat  Luar Biasa Tergempar
 Mesyuarat Jawatankuasa Kerj
 Mesyuarat Jawatankuasa Kecil/Biro
9.4 PERANAN PENGERUSI,  SETIAUSAHA  DAN AHLI  MESYUARAT
9.4.1  PERANAN PENGERUSI
Sebagai pemimpin, Pengerusi memainkan peranan penting dalam sesebuah persatuan.
Beliau akan menjadi penggerak, teras dan sumber ilham serta memberi nafas baru terhadap kemajuan perjalanan dan perkembangan persatuannya. Antara lain tanggungjawab Pengerusi  adalah:
 Mestilah bersedia berbakti, mengambil tindakan serta bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan adil dan berkesan. Pengerusi juga harus kreatif dan mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan masalah.
 Bertanggungjawab menjayakan aktiviti persatuannya dan berperanan melaporkan kepada Penaung atau Penasihat. Juga memastikan jentera pentadbiran persatuan tidak menyeleweng dari dasar asal.
 Dapat menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam semua aspek.
 Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli jawatankuasa, menguruskan pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta menyelaraskan semua tugas dan kegiatan persatuan.
 Membuat penilaian, perancangan, dan menggubal dasar persatuan dari masa ke semasa agar pengurusan persatuan berjalan dengan lancar dan sempurna.
9.4.2 PERANAN SETIAUSAHA
Merupakan teras dan teraju persatuan dan sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah persatuan.Umumnya beliau merupakan seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berupaya memikul tugas yang berat dan mencabar. Antara lain peranan Setiausaha adalah:
 Menghidupkan dan memberi nafas baru kepada pertubuhan yang dianggotainya.
 Menjaga urusan jentera pentadbiran dan pengurusan persatuan.
 Berkewajipan menyelaraskan semua kegiatan dan projek yang dirancang.
 Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan.
 Menguruskan surat menyurat, sistem fail, buku, stok alatulis, pekeliling dan sebagainya.
 Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat, dan menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan tugasnya.
 Hadir dalam setiap mesyuarat untuk mencatat minit dan jika tidak dapat hadir, tugas dilaksanakan oleh Penolong Setiausaha.
 Menandatangani semua cek dan baucer selain Presiden/YDP dan Bendahari.
 Menyediakan Laporan Mesyuarat / Mesyuarat Agung.
9.4.3 PERANAN AHLI JAWATANKUASA
Pemilihan Ahli Jawatankuasa biasanya dibuat dalam mesyuarat agung tahunan. Tugas mereka antara lain:
 Menghadiri semua mesyuarat persatuan.
 Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
 Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan rancangan atau projek yang telah ditetapkan oleh persatuan.
 Boleh melantik ahli-ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu.Bersama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui dalam sesuatu mesyuarat
.Ahli jawatankuasa biasanya akan dijemput menghadiri mesyuarat dengan notis sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh mesyuarat. Seseorang ahli jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan boleh dianggap sebagai telah meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa dan tindakan yang sah boleh diambil (jika perlu). Jika ada ahli jawatankuasa yang meninggal dunia, maka lantikan baru boleh dibuat.
9.5  PROSES MENGENDALIKAN MESYUARAT
Proses mengendalikan mesyuarat,  di dalam pengurusan mesyuarat,terdapat tiga proses untuk mengendalikan mesyuarat iaitu pramesyuarat,pelaksanaan mesyuarat dan pasca mesyuarat.
Pramesyuarat:
Sebelum sesebuah organisasi memulakan mesyuarat,terdapat beberapa persediaan yang perlu dibuat seperti mengadakan perbincangan.dalam hal ini,setiausaha perlu berbincang dengan pengerusi mengenai beberapa perkara,antaranya menentukan tarikh untuk mengadakan mesyuarat,masa yang akan berlangsungnya mesyuarat,tempat untuk mengadakan mesyuarat dan agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Selain itu, sebelum memulakan mesyuarat setiausaha perlu memastikan persediaan kemudahan yang akan digunakan semasa mesyuarat bermula.Antaranya seperti tempahan tempat atau lokasi untuk bermesyuarat.Pastikan bilik yang ditempah berada dalam keadaan yang baik,kemas dan sedia untuk digunakan.Selain daripada tempahan bilik,setiausaha perlu membuat tempahan jadual ringan. Apabila selesai membuat tempahan,setiausaha perlu mengedar surat panggilan surat kepada ahli-ahli yang terlibat.Dalam hal ini,setiausaha perlu memastikan ahli-ahli mesyuarat menerima surat jemputan dalam tempoh 10 hari sebelum mesyuarat.
PELAKSANAAN MESYUARAT:
 Pengerusi sebagai individu yang memainkan peranan utama dalam sesuatu mesyuarat.Selain itu,peranan mesyuarat adalah dengan mempunyai individu-individu seperti setiausaha dan ahli mesyuarat.Ini adalah individu yang penting dalam sesebuah organisasi yang ingin melaksanaan mesyuarat.
PASCA MESYUARAT:
  Selepas mesyuarat selesai,tugas setiausaha ialah menyediakan draf minit mesyuarat untuk kelulusan pengerusi.Draf ini ini hendaklah dikemukakan tidak lewat dari tiga hari selepas tarikh mesyuarat diadakan.Selepas itu,minit mesyuarat yang telah diluluskan oleh pengerusi hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat tidak lewat dari satu minggu selepas tarikh mesyuarat diadakan.

10.       SURAT MENYURAT
10.1 PANDUAN MENULIS SURAT RASMI
Surat rasmi mestilah jelas isinya iaitu tidak menelirukan sesiapa yang membacanya.
Perlu di tulis atas kertas rasmi yang dicetak nama dan alamat organisasi atau alamat dan nama penulis.
Memulakan surat dengan ungkapan berdasarkan tujuan srat dtulis.
Kata-kata hormat seperti tuan/puan  dan diakhiri dengan saya yang menurut perintah.







CONTOH SURAT RSMI
Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59200 Lembah Pantai
Kuala Lumpur

Yang Berbahagia,
Datin Siti Hanifah Binti Madarsa
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59200 Lembah Pantai
Kuala Lumpur                                                                      Tarikh : 17 September 2013
Yang Berbahagia Datin,
Memohon Kebenaran Mengadakan Pameran Fotografi
Dengan segala hormatnya, saya sebagai setiausaha Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu ingin meminta kebenaran Yang Berbahagia Datin untuk mengadakan pameran Fotografi pada 5 Disember 2013.
2.         Pameran tersebut akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.
3.         Sehubungan dengan itu juga, saya ingin mengundang Yang Berbahagia Datin untuk merasmikan pameran tersebut.
Saya berharap agar Yang Berbahagia Datin tidak menghampakan pihak kami. Atas kesudian Yang Berbahagia Datin untuk menghadiri majlis perasmian ini, saya ucapkan terima kasih. Sekian.
Yang menjalankan tugas
.........................................
(NORLIDA BT MOHD SAPIAI)
Setiausaha
Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
10.2 PENANDA WACANA DALAM SURAT RASMI
Penanda wacana merupakan ungkapan yang digunakan dalam surat rasmi bagi menerangkan sesuatu kandungan surat supaya lebih bermakna atau signifikan.
1.Penanda Rujukan :
Pada kebiasaannya ungkapan ini digunakan pada awal ayat atau perenggan pertama.
Contoh :
a) Dengan hormatnya, saya merujuk tentang perkara diatas dan memaklumkan ..........
2. Penanda Matlamat :
Ungkapan yang menunjukkan matlamat atau tujuan yang hendak dicapai.
Contoh :
a) Untuk makluman tuan .................
3. Penanda Antisipasi :
Ungkapan ini biasanya digunakan pada akhir surat yang berkaitan dengan penghargaan dan sebab musabab.
Contoh :
a) Atas kerjasama tuan itu, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
4. Penanda Penamat :
Ungkapan yang memberi isyarat akan berakhirnya isi surat.
Contoh :
a) Sekian terima kasih
5. Penanda Akuan atau Rujukan Diri :
Ungkapan ini hendaklah bersesuaian dengan tujuan menulis surat, situasi pengirim dan hubungannya dengan penerima.
Contoh :
a)    Saya yang menurut perintah



10.3 SAPAAN
Sapaan yang diberikan adalah yang berkaitan dengan majlis rasmi dan surat rasmi. Sapaan melibatkan panggilan seperti yang berikut :
Rujukan Kehormat
Bil
Jawatan
Rujukan Kehormat Penyandang
Rujukan Kehormat untuk isteri
1.
Datuk / Dato ’/ Datin
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia

10.4 PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN SURAT
Surat-surat rasmi terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :
1. Surat-surat Terperingkat dan Surat untuk Perhatian Pengerusi
2. Surat Umum yang Dialamatkan Kepada Pengerusi
3. Surat-surat untuk Tindakan Segera/ Serta Merta.
11.       PROTOKOL DAN ETIKET
11.1 PENGENALAN
Protokol merupakan suatu susunan keutamaan dalam pangkat dan status dan prosedur yang betul dalam pertukaran diplomatik dan dalam upacara-upacara negara. Ia juga suatu draf permulaan atau memorandum suatu dokumen diplomatik. Protokol juga adalah rumusan rasmi dipermulaan dan akhir sesebuah piagam. Menurut Kamus Dewan, protokol bermaksud bahawa surat-surat rasmi berkenaan keputusan perundingan. Ia juga meliputi peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi. Protokol juga merupakan surat asal berkenaan dengan sesuatu persetujuann dalam persediaan untuk sesuatu perjanjian yang meliputi budi pekerti, peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi. Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikankepada seseorang tetamu dan para jemputan, disamping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.
11.2 MAJLIS RASMI
Majlis Pameran Fotografi anjuran Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KDPM KDC Kemas Ambilan November 2012 ini merupakan majlis rasmi. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madarsa, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai. Pameran TMK ini turut dihadiri oleh Encik Noor Azuddin bin Mohd Noordin, Ketua Unit Kokurikulum IPGKBM dan pensyarah merangkap penasihat persatuan iaitu Encik Ahmad Taufix bin Mahat dan Cik Asiah binti Mohd Hashim serta pelajar-pelajar KDPM KDC Kemas Ambilan November 2011.
11.3 SUSUNAN TEMPAT DUDUK
Dalam majlis rasmi seperti ini, susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan. Semasa majlis pameran ini diadakan, susunan tempat duduk adalah seperti berikut :
Pentas Acara
Rostrum
Pengerusi
Persatuan Tetamu Tetamu khas kedua
Khas  Encik Noor Azuddin
Utama YB Datin Siti Hanifah
Tetamu Tetamu Pelajar
Pelajar Pelajar
Pelajar
Susunan Tempat Duduk Majlis Pameran
Pintu masuk
11.4  SUSUNAN BENDERA
Bendera Malaysia, Bendera Negeri, Bendera IPGKBM dan Bendera Persatuan dikibarkan bersama-sama dalam majlis tersebut Susunan bendera semasa majlis pameran ini diadakan adalah seperti berikut :
Bendera IPGKBM Bendera Negeri Bendera Malaysia Bendera Persatuan
11.5  SAPAAN DALAM MAJLIS
Semasa malis pameran berlangsung Bahasa sapaan yang digunakan adalah; :
1. Yang Berbahagia – Datin Siti Hanifah binti Madarsa
2. Encik- Noor Azuddin bin Mohd Noordin, Taufix bin Mahat
3. Cik – Asiah binti Mohd Hashim
4. Pelajar – saudara/saudari
11.6 PENYEDIAAN ATURCARA MAJLIS
Tujuan penyediaan aturcara majlis ditulis adalah sebagai panduan untuk ahli
jawatan kuasa mengendalikan majlis pameran dengan lancar dan licin mengikut
lunas-lunas protocol yang diterima. Ia juga bertujuan bagi mengawal masa majlis
supaya tidak melebihi masa yang dirancangkan. Aturcara majlis yang dirancang
pada hari pameran diadakan adalah seperti berikut :
Aturcara majlis
10.30 pagi :                Pelajar mengambil tempat
11.00 pagi :               Ketibaan jemputan
 Ketibaan Pengarah IPGKBM
 Datin Siti Hanifah binti Madarsa
             Lagu Negaraku
 Bacaan Doa
 Ucapan Pengerusi Persatuan
 KDPM KDC Kemas Ambilan November 2012
                                    Ucapan Pengarah IPGKBM
            Datin Siti Hanifah binti Madarsa
 Gimik Pelancaran
                                    Persembahan Multimedia
            Penyampaian Hadiah dan Cenderahat
12.00 tengahari :      Lagu Guru Malaysia dan Lagu IPGKBM
                                     Lawatan ke tempat pameran
                                    Jamuan
 Bersurai
12        . ISTIADAT BENDERA
12.,1 PENGENALAN
MENGHORMATI BENDERA
Matlamat untuk mencapai ketaatsetiaan rakyat kepada Negara adalahmelaluiamalan-amalan ketika menyanyikan lagukebangsaan dan lagu negeri.Ketika menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu negeri pemimpin perlu memastikan setiap ahli-ahli berdiri tegak, tidak dibenarkan bermain-main atau bersambil lewa .Perkara ini perlu ditekankan kerana perkara tersebut melambangkan ketaatsetiaan kepada Negara samaada bendera Malaysia atau bendera-bendera yang lain.
LATIHAN ISTIADAT BENDERA
Pemimpin bertanggungjawab melatih ahli-ahli cara mengibarkan bendera. Perlu memastikan bendera yang hendak dikibarkanakan terkibar ketika istiadat sedang dijalankan. Pemimpi perlu melatih ahli-ahli cara melipat bendera dan mengikatnya supayamudah berkibar apabilatalinya ditarik dari bawah. Semasa menarik, menurun dan membawa bendera mestilah dilaksanakan dengan sempurna.JANGAN mengibarkan bendera   secara terbalik terrutama ketika perhimpunan pagi.
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN BAGI MELAKSANAKAN ISTIADAT BENDERA
Perkara yang dipertanggungjawabkan :
1.    Pastikan semua ahli telah bersedia berdiri di hadapan tiang bendera dengan senyap dan berdiri tegak.
2.    Pemimpin tentukan ahli yang bertugas menjalankan tugas masing-masing semasa istiadat bendera.
3.    Pemimpin tentukan ketua di kalangan ahli untuk member arahan dan pastikan ahli yang bertugas menarik tali pada tiang bendera member hormat setelah bendera dikibarkan.
PERKARA YANG PEMIMPIN PERLU DITEGASKAN SEMASA ISTIADAT BENDERA
1.    Dilarang bercakap-cakap, mengusik-usik, ketawa dans ebagainya.
2.    Memberi hormat dengan cara yang betul da nbukan  bersambil lewa.
3.    Setiap ahli perlu memakai pakaia nrasmi.
4.    Pemimpin-pemimpin berada 3 langkah dibelakang tiang bendera. Cara susunan berdiri perlu mengikut pangkat atau senior jawatan dari kanan kekiri. Guru bertugas atau pelajar bertugas perlu berdiri 3 langkah kekiritiang bendera kerana beliaua kan member arahan.
5.    Jika istiadat bendera itu dibuat dengan bendera maka nyanyianl agu Negarakud iiringi dengan bendera kebangsaan, nyanyian lagu negeri dilakukan apabila bendera negeri dinaikkan.
TUJUAN MENGADAKAN ISTIADAT PENGIBARAAN BENDERA
1.    Menapati masa dalam berkumpul mengikut sekawan.
2.    Menghormati bendera dengan menyanyi lagukebangsaan dan negerid engan mengiku trentakdan nada yang betul serta bersemangat.
3.    Mendisplinkan diri dengan berdiri   tegak ketika upacara istiadat bendera itu sedang dijalankan.
12.2  SUSUNAN DAN KEDUDUKAN BENDERA
SUSUNAN BENDERA MENGIKUT PROTOKOL
Keutamaan
Malaysia / Negeri / Wilayah
1
Malaysia
2
Pahang
3
Terengganu
4
Perlis
5
Selangor
6
Negeri Sembilan
7
Johor
8
Kelantan
9
Perak
10
Kedah
11
Pulau Pinang
12
Melaka
13
Sabah
14
Sarawak
15
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
16
Wilayah Persekutuan Labuan
17
Wilayah Persekutuan Putrajaya

2.2 SUSUNAN DAN KEDUDUKAN BENDERA MALAYSIA APABILA DIKIBARKAN
Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-bendera tersebut hendak dikibarkan atau dihamparkan.Susunan yang biasa dibua tialah:-
(i Susunan diluar dan didalam bangunan
(a) Susunan Pada Hari Biasadan Hari-Ha Kebesaran Persekutuan
Jika hanya dua bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:-

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri,kata susunan bendera dalah seperi berikut:


Rajah 6: Susunan Bagi Tiga Tiang Bendera
(b) Susunan Pada Hari-Hari Kebesaran Negeri
Jika hanya dua  bendera dikibarkan pada majlis  peringkat negeri di negeri yang berkenaan, maka susunannya adalah seperti berikut:
Rajah 7: Susunan Bagi DuaTiang Bendera
Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat negeri di negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:
Rajah 8: SusunanBagiTigaTiangBendera
SUSUNAN BENDERA DI INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS BAHASAMELAYU
  IPG                        IPGKBM



13.       PENGURUSAN PAMERAN
13.1  SUSUN LETAK
 






                                                                                       


-------------------------------------                                         ----------------------------
         --------------------------------------                                                 ----------------------------
         ---------------------------------------                                              -----------------------------
         ---------------------------------------                                              -----------------------------
 












PETUNJUK:
                           = Pintu utama


                         = Sambutan




                      = RuangPameran


                   = RuangPameranUtama

----------------------- = Kerusi tetamu dan kerusi VIP
 

                       = Pentas Pengacaraan Majlis


                     = Pentas VIP Berucap

                    = Ruang Multimedia


                           = RuangPancaran Multimedia





           13.2 .PENGURUSAN SEBEU.SEMASA DAN SELEPAS MAJLIS
BIL
SEBELUM
SEMASA
SELEPAS
1.
Penubuhan AhliJawatankuasa
Protokol
Pembersihan tempat pameran
2.
Mesyuarat
Sambutan VIP
Folio
3.
Surat menyurat
Susunatur
Refleksi

Jemputan
Pameran

4.
Persiapan tempat
Perasmian

5.

Penyampaian hadiah

6.

Jamuan VIP






































Nama             :  Norshafini Binti Shaiddin
No Matrik      : 2012240009
JK-                  : Pengerusi Program

Pada 5 Disember 2013, kami kumpulan KDPM KDC KEMAS Ambilan November 2012 telah di pertanggungjawabkan untuk mengadakan program  “Pameran Fotografi” antara KDPM 2012 bersama KDPM 2011. Bagi kumpulan kami tajuk fotografi yang dipilih bertemakan Flora dan Fauna, pelbagai  hasil fotografi yang dapat dipamerkan semasa program berlangsung.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,Datin Siti Hanifah Binti Madarsa. Pelbagai nasihat yang yang diberikan oleh Datin kepada kami khususnya sebagai seorang guru. Program ini telah berlangsung selama 1 minggu. Sebelum pameran berlangsung,kami telah melantik jawatankuasa bagi melancarkan program tersebut. Semasa mesyuarat kali pertama,kami telah melantik Ahli jawatankuasa dan saya telah dipilih oleh rakan-rakan  sebagai  Pengerusi  Program Pameran Fotografi ini.
 Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan tidak yakin untuk mengendalikan program, akan tetapi sokongan dari rakan banyak membantu. Tugas pertama sebagai pengerusi adalah mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program mengikut perlembagaan. Tugas ini amat sukar kerana saya perlu menjadi ketua kepada rakan-rakan yang lebih berumur dari saya serta pengalaman mereka yang lebih banyak.
 Tugas kedua sebagai pengerusi saya perlu  mengurus dan mentadbir persatuan dan  setiap AJK melaksanakan tugas masing-masing serta berhubung rapat dengan pensyarah pembimbing . selain itu, saya juga bertanggungjawab untuk melaksanakan keputusan mesyuarat jawatankuasa kerja.  Mesyuarat yang telah dilakukan sebanyak 2 kali secara rasmi dan beberapa kali secara tidak rasmi bagi menyelesaikan permasalahan AJK untuk melancarkan program tersebut. Disamping itu, sebelum program berlangsung,saya telah mengadakan mesyuarat agung persatuan bersama pensyarah pembimbing.
Tugas lain sebagai pengerusi program saya mengetuai untuk merancang,melaksana dan menyelia aktiviti persatuan. Beberapa bulan sebelum program dilaksankan, kami AJK telah merancang dahulu program ini setelah dimaklumkan oleh pensyarah pembimbing kami iaitu Cik Asiah Binti Mohammad Hashim dan beliau membantu bagi memperjelaskan lagi tentang program tersebut.  Semasa program berlangsung,saya bersama AJK dan rakan-rakan dari kelas KDPM 2011 bersama-sama melakukan persiapan untuk majlis perasmian pameran sehari sebelum berlangsungnya majlis.
 Semasa hari berlangsungnya program pameran saya merasa teruja dan agak gementar kerana ini adalah kali pertama saya diberi tugas yang besar. Akan tetapi saya rasa sanagt bersyukur denagn bantuan dan dorongan dari  AJK seperti setiausaha program yang banyak membantu menyiapkan kertas kerja serta membuat teks ucapan pengarah serta teks ucapan saya sebagai wakil pelajar. Sewaktu majlis berlangsung, saya rasa sangat takut dan begitu gementar untuk menyampaika ucapan dihadapan semua orang.
            Pada mulanya memang takut tetapi setelah beberapa minit saya rasa dapat mengawal perasaan dan saya dapat banyak nasihat serta bimbingan dari pensyarah dan Datin sendiri tentang protokol sewaktu majlis rasmi. ini adalah pengalaman pertama saya serta banyak ilmu yang dapat saya pelajari dan akan saya praktikkan di lapangan. Pelbagai komen positif yang saya terima sepanjang program berlangsung. Selepas berakhir program,saya sebagai pengerusi bersama pensyarah penasihat bersama-sama melakukan “port mortem” program.ini bertujuan bagi menambah baik lagi program dimasa hadapan .
Pelbagai maklumat serta nasihat yang diterima oleh saya supaya dapat di perbaiki dan dijadika teladan dan tauladan bagi melaksanakan program-program lain sewaktu di IPGKBM atau disekolah saya nanti.Ini terbukti berkesan kerana selepas pulang kelapangan, saya berpeluang bekerjasama melaksanakan majlis di tabika,segala ilmu yang diperolehi dapat saya gunakan semasa itu.






Nama             : Norlida bt Mohd Sapiai
No Matrik      : 2012240008
JK                   :Setiausaha.

Di dalam Program pameran fotografi anjuran Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi saya telahpun dilantik sebagai Setiausaha yang akan menyediakan kertas kerja bagi program yang telah dirancangkan pada  5 Disember 2013 di Ruang Legar Menara IPGKBM.
Saya telah menyediakan. kertas kerja yang lengkap berpandukan pada infomasi yang telah menyediakan kertas kerja yang lengkap berpandukan pada infomasi yang telah diberikan pada saya oleh Pengerusi Persatuan.
Saya  telah membuat minit mesyuarat yang telah diadakan oleh persatuan  sebelum mengadakan program pameran fotografi.Saya juga telah menyediakan teks ucapan pengarah bagi majlis perasmian program pameran fotografi dan teks ucapan wakil pelajar.Alhamdulillah  segalanya berjalan dengan lancar.
Kesimpulannya,tugas saya sebagai Setiausaha juga amat mencabar kerana menyediakan kertas kerja yang merupakan nadi pada perancangan yang kami rancang ini.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan guru pelatih yang banyak membantu saya dalam menyediakan kertas kerja ini bersama-sama sehingga kem motivasi kali ini dapat berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan dan pengorbanan yang perlu dilakukan.
Sekian ,terima kasih.












Nama             : Fauziyah bt Amir
No Matrik      : 2012240004
JK                   : Bendahari
Di dalam program Pameran fotografi saya telah di lantik untuk menjadi bendahari di dalam mesyuarat Ahli jawatankuasa yang telah diadakan.Tugasan saya adalah membuat kutipan dan pembayaran.Saya juga telah merekodkan segala perbelanjaan wang keluar dan masuk.
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
ANJURAN BERSAMA KDPM KDC KEMAS AMBILAN 2012 & 2011.
Tarikh
Pendapatan
RM
Tarikh
Perbelanjaan
RM

03.12.2013




03.12.2013




03.12.2013


Kutipankelas 2A
2012



Kutipankelas 2B 2013



Kutipankelas B 2011

360.00




390.00




350.00

04.12.2013




04.12.2013




04.12.2013




04.12.2013

Hadiah




Phostostat




Makanan




Banner





JumlahPerbelanjaan
Baki di tangan

499.10




 95.70




325.00




180.00





1100.00
-




JUMLAH
1100.00


1100.00

Disediakanoleh :                                                                                 Disemakoleh :
………………………                                                                          …………………………
(FAUZIYAH BINTI AMIR)                                                                        ..(                                     )
Bendahari
PersatuanTeknologiDan Komunikasi
Nama             : Fasihah bt Mansor
                        : Nor Hidaiyu bt Abdul Halim
                        : Dayang Idrawati bt Ismail
JK                   : SIARAYA
Pada mesyuarat pertama untuk program aktiviti Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KDPM KDC Kemas ambilan November 2012, gabungan kelas kumpulan A dan B  telah sebulat suara melantik Fasihah Binti Mansor ,Dayang Idrawati Binti Ismail dan Nor Hidaiyu Bt. Abdul Halim sebagai ahli jawatankuasa Siaraya untuk aktiviti Pameran Fotografi bagi Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Antara tugas – tugas ahli jawatankuasa Siaraya ialah sebelum program bermula ,kami membuat slide program menggunakan microsoft power point,
menjemput bahagian media untuk membuat liputan program,membuat video kenangan pelajar untuk ditayangkan,ketika program menguruskan peralatan siaraya untuk setiap aktiviti,menguruskan slide program untuk majlis perasmian pembukaan ,
menguruskan tayangan video kenangan pelajar sebelum pameran dijalankan,
menguruskan muzik  nyanyian lagu Negaraku,menguruskan muzik perarakan masuk tetamu kehormat,menguruskan slide video sebagai simbol perasmian dan                       
selepas program Memastikan peralatan siaraya mencukupi mengikut kuantiti asal serta membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas.
Selepas itu kami mengambil borang Tempahan Menggunakan Kemudahan Multimedia di Unit Multimedia tingkat 8  Menara IPGuntuk prosespeminjaman peralatansiaraya seperti Sistem Siar Raya Mudah Alih ( 1 ), mikrofon ( 3 ) dan wayar penyambung ( 2 ). Setelah borang lengkap di isi, borang diserahkan kepada Setiausaha iaitu Norlida Binti Mohd Sapiai.
Pada 5 hb Disember 2013 kami telah menggunakan Sistem Siaraya Mudah Alih di Ruang Legar ,Menara IPG Kampus Bahasa Melayu. Peralatan itu telah digunakan dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari.
Pemulangan peralatan siaraya telah dilakukan pada hari yang sama bersamaan dan kami telah memulangkan peralatan tersebut di Unit Multimedia diTingkat 8 Menara Ipg.
Nama             : Norhayati bt Jalil
No Matrik      : 2012240007
JK                   :PERSIAPAN PENTAS

Program Pameran dan Fotografi dalam Persatuan Teknologi maklumat anjuran KDPM KDC Kemas ambilan Nov 2011 dan Nov 2012 adalah gabungan  daripada aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa,kewangan dan perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan,semasa program dijalankan dan selepas Program TMK.Proses untuk menjayakan sesuatu program seperti ini akan mengambil masa dan bermula dari peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Peringkat pertama adalah berkaitan dengan segala aktiviti yang dijalankan sebelum program ini dilaksanakan.Pada peringkat ini,kami telah diberi taklimat ringkas untuk mengadakan program TM oleh Pensyarah bertanggungjawab oleh En Ahmad Taufix bin Mahat.Kehadiran semua pelajar untuk wajib untuk semua peserta.
Selepas taklimat diberikan,kami telah mengadakan perbincangan bersama bagi memilih lalu menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan program TMK ini.Ini adalah mesyuarat yang pertama diadakan yang mana tugas-tugas ahli jawatankuasa telah diterangkan oleh pengerusi.Setelah ahli jawatankuasa dilantik barulah tugas dan peranan ahli jawatankuasa yg dilantik memainkan peranan.Saya memegang peranan yang cukup besar bagi memastikan kelicinan program yang diadakan.
Setelah membuat pesanan barang yang dikehendaki tempat haruslah ditentukan kedudukan yang sesuai.Foyer bangunan baru digunakan sebagai tempat pameran.Setelah itu barulah peralatan disusun mengikut seperti yang dirancang.Pada pagi hari pameran kehadiran peserta adalah wajib supaya kelancaran program yang diadakan akan berjaya.
            Ahli jawatankuasa yang lain telah memberi kerjasama yang baik dan ini akan memberi faedah kepada setiap ahli.Justeru berdasarkan kepada beberapa perkara diatas saya akan jadikan panduan dimasa akan datang.
Nama             : Fauziyah bt Amir
No Matrik      : 201220003
JA                   : Hadiah
            Assalammualaikum,pada mesyuarat yang lalu saya telah di lantik untuk menjadi Ajk Hadiah bagi Program Pameran Fotografi untuk Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
            Saya merasakan tugasan yang di berikan kepada saya adalah amat mencabar,kerana saya terpaksa memikirkan hadiah yang sesua iuntuk para peserta pertandingan bagi acara fotografi.Saya juga terpaksa memikirkan hadiah yang sesuai untuk para pengadil pertandingan dan juga hadiah untuk VIP. Rakan-rakan sekelas juga banyak membantu dalam member pendapat hadiah apa yang patut di beli untuk para peserta pertandingan dan juga untuk VIP.Hubungan yang baik dan kolaborasi bersama rakan,sedikit sebanyak member sumbangan dalam saya membuat pembelian hadiah.
            Saya juga perlu menentukan dan mengira peruntukan untuk membeli hadiah tersebut. Itu dapat mengajar diri saya untuk menggunakan dan membeli hadiah mengikut peruntukan yang disediakan. Saya juga perlu memastikan hadiah itu tidak lebih dari peruntukan yang diberi.Selain itu ia merupakan amanah kepada saya dalam menyelesaikan pembelian hadiah tersebut,
Bantuan dari rakan yang baik hati dan pemurah dapat membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini.Saya juga harus memastikan semua hadiah yang telah di beli berada dalam keadaan baik sehingga hari pertandingan fotografi di adakan.
Saya juga harus memastikan acara penyampaian hadiah dapat di lakukan dengan sempurna semasa hari pertandingan itu di adakan.Dengan bantuan dari beberapa rakana cara penyampaian hadiah dapat di jalankan dengan sempurna.  




Nama             : Nurul nor Ziela bt Ahmad Fodoli
No Matrik      : 2012240011
JK                   :PENGECARAAN MAJLIS
Syukur ke hadrat Ilaahi di atas limpah kuriniaNya saya telah Berjaya menyiapkan folio pengurusan persatuan teknologi maklumat di IPGKBM KL. Pameran fotografi telah berlangsung pada 5 Disember 2013. Pameran tersebut telah diadakan di ruang legar Menara IPGKBM KL.  Jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat terutamanya kepada Cik Asiah Binti Hashim dan Encik Ahmad Taufix Bin Mahat atas tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami sehingga kami selesai melakukan pameran fotografi ini dengan jayanya.
 Pameran fotografi telah memberi banyak ilmu yang bermanfaat kepada saya. Terima kasih tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa kerana telah memilih saya sebagai pengerusi majlis. Terima kasih juga kerana memberi saya sepenuh kepercayaan dalam mengendalikan majlis sebagai pengacara majlis. Saya telah berpasangan menjadi pengacara majlis dengan Zalina iaitu pelajar daripada KCD KDPM KEMAS 2011. Kami telah bergerak secara berkolaborasi.
Kami bersama-sama berkongsi idea dalam penyediaan teks pengacaraan majlis. Setelah penyediaan teks pengacaraan majlis, kami telah berjumpa dengan Ketua Unit Kokurikulum iaitu Encik Noor Aizuddin Bin Mohd Nordin untuk memeriksa teks pengacaraan kami. Terima kasih tidak terhingga kepada En. Noor Aizuddin kerana telah memantapkan kembali teks pengacaraan kami. Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang memegang jawatan pengacara majlis. Saya telah belajar cara penyediaan teks yang baik. Saya juga telah belajar menggunakan intonasi yang sesuai untuk menjadi seorang pengacara majlis.
 Saya juga dapat belajar membahagikan tugas dengan pasangan saya untuk menjadikan program tersebut menjadi menarik. Selain itu, saya juga dapat belajar cara-cara berkomunikasi di khalayak umum dengan lebih berkesan. Ada juga beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki untuk menjadi pengacara majlis yang baik. Saya perlu belajar lagi ilmu-ilmu pengacara majlis. Saya perlu mempelbagaikan lagi pantun agar teks menjadi lebih menarik. Intonasi suara saya juga perlu saya perbaiki kerana saya menyampaikan teks terlalu laju. Saya juga perlu belajar mengawal perasaan gemuruh agar saya tidak tersilap menyebut perkataan atau nama-nama tetamu VIP beserta jawatan.
 Berbekalkan pengalaman menjadi pengacara majlis di IPG dalam mengendalikan program terutamanya program fotografi banyak memberikan saya input yang berguna untuk saya jadikan panduan di lapangan. Saya belajar menjadi lebih berani untuk bercakap di khalayak umum. Saya dapat mempelajari ilmu penulisan teks pengacaraan majlis dengan mantap lagi. Selain itu, saya dapat mempelajari cara untuk menarik perhatian umum untuk mereka memberi perhatian atas pengucapan saya. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing kerana banyak memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya dalam mengendalikan program. Tugas sebagai pengacara majlis bukanlah mudah. Tetapi hasil daripada kerjasama daripada semua pihak lebih-lebih lagi pasangan saya, perkara yang sukar menjadi mudah. Saya juga berharap akan dapat memegang jawatan ini lagi untuk program yang akan datang













Nama             : KHAMSIAH BINTI RAMLI
No Matrik      : 2012240004
JK                   : KEBERSIHAN
Sebagai ahli jawatan kuasa kebersihan saya perlulah memastikan perjalanan majlis lancar, tempat serta makanan yang disediakan semuanya dalam keadaan yang bersih dan terkawal. Tahap kebersihan tandas dan bilik air juga juga harus diutamakan.
 Sebelum majlis berlangsung, saya dan rakan telah memastikan bahawa tiada sampah atau sebarang kekotoran di dalam bilik air. Plastik sampah dan tong sampah disediakan dengan secukupnya dan diletakkan di tempat yang dibenarkan. Tempat majlis berlangsung juga haruslah bersih dan tiada serangga seperti semut atau lipas di situ. Ruang makan serta peralatan seperti pinggan, mangkuk, cawan, gelas, sudu, garfu juga hendaklah dalam keadaan yang bersih.
Semasa majlis sedang berlangsung, saya juga melakukan perkara yang sama iaitu memastikan tahap kebersihan tempat majlis, bilik air, ruang makan dan peralatan yang digunakan adalah memuaskan. Peralatan di meja makan seperti tisu dan napkin juga disediakan. Selesai majlis, saya dan rakan-rakan telah membersihkan tempat majlis. Kami mengutip serpihan kertas warna, bunga manggar, kertas-kertas, tisu, pembalut gula-gula dan botol air mineral tidak kelihatan lagi di tempat itu.
 Setelah memastikan semuanya dalam keadaan bersih seperti sedia kala dan berpuas hati dengan tahap kebersihannya baharulah saya dan rakan-rakan meninggalkan tempat majlis tersebut. Sesungguhnya kebersihan itu amat penting dalam kehidupan kita. Ia harus dipupuk dari awal lagi sesuai dengan tugas saya dan rakan-rakan yang lain supaya menanamkan sikap pentingkan kebersihan dalam diri sendiri kepada anak-anak didik kami di prasekolah. Semoga anak-anak didik kami dapat meneruskan kehidupan dalam suasana alam persekitaran yang bersih dan indah.
Sekian, terima kasih.


REFLEKSI
Nama             : Siti Maizaton Fozian bt Yahaya
No Matrik      : 2012240013
Syukur Alhamdulillah pada refleksi ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami, Cik Asiah Binti Hashim  dan rakan-rakan, kerana telah selesai dengan jayanya Pameran Persatuan TMK bertempat di Ruang Legar Menara IPGKM pada 5 hb Desember 2013.
Pamiran ini hasil kerjasama KDPM KDC KEMAS 2011 dan 2012.Tema kami adalam Flora dan Fauna.  Walaupun berbagai halangan dan isu yang berlaku,ianya berpunca dari kami semua kerana kurang kemahiran dan tidak bertanya dengan Pensyarah dan dari rakan-rakan ambilan  yang terdahulu kususnya. lngin saya berkongsi pengalaman sebelum program berlangsung,kami diberi penerangan oleh Cik Asiah tentang Pamiran yang akan kami jalankan.kemudia kami diminta mengambil gambar di sekitar  IPG.
Walaupun tahu apa itu Flora dan Fauna,saya masih terfikir gambar apakah yang perlu saya ambil akhirnya saya mengambil gambar seekor mengkarung . Mengkarun adalah spisis cicak.Walaupun kuran mahi,kerana kami semua tidak ada kemahiran untuk mengambil gambar tetapi atas bimbingan Pensyarah, kami dpt menghasilkan gambar dengan baik,setelah itu kami semua membuat persiapan di Ruang Legar Menara IPG dengan bantuan dan kerjasama rakan-rakan semua.
Selain dari pameran fotoscoot, berlansung juga Pameran Broses.Sebelum ini saya tidak tahu lansung cara membuat broses.Kemudian dengan bantuan rakan-rakan,saya dan rakan saya Sarina Binti Khalid telah berjaya menjadi pemenang Broses terbaik..Terima kasih tidak terhingga kepada Cik Asiah kerana memberi peluang dan pengalaman baru kepada kami.  Tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan semua kerana telah menjayakan Pamera Fhotografi yang bertemakan Flora dan Fauna dengan jayanya.
Sekian terima kasih.


Rujukan :

Amir Hamzah Aman.(2014).Panduan Pengurusan ko kurikulum.Penerbit: Multimedia Sdn Bhd.
Dr Tam Yeow Kwai.(2010). Pengurusan Ko Kurikulum.Penerbit:Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Nota pengurusan PPersatuan Cik Asiah bt Hashim dan  En Ahmad Taufix bin Mahat
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1591-susunan-keutamaan-bendera.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1593-susunan-dan-kedudukan-bendera-malaysia-apabila-dikibarkan.html