|
BIL
|
PERKARA
|
ISI KANDUNGAN
|
|
1.
|
3. KERTAS KERJA
|
3-6
|
|
2.
|
4. PENGURUSAN PERSATUAN
4.1 PERLANTIKAN JK PERSATUAN
|
7
|
|
|
4.2 MINIT MESYUARAT
|
8-10
|
|
|
4.3 MERANCANG AKTIVITI
|
9
|
|
|
4.4 MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN
PERLEMBANGAAN
|
10-21
|
|
2
|
5. PENGENALAN KONSEP /TEORI
5.1 DEFINISI
|
22
|
|
|
5.2 KONSEP/TEOERI
|
22-23
|
|
|
5.3 CIRI-CIRI
|
23
|
|
3
|
6. IDENTITI PERSATUAN
6.1 LOGO
|
23
|
|
|
6.2 MOTO
|
23
|
|
4
|
7 SISITEM FAIL
7.1 FAIL
|
24
|
|
|
7.2 SISTEM FAIL
|
24
|
|
|
7.3 FAEDAH SISTEM FAIL YANG
BAIK
|
24
|
|
|
7.4 PENYIMPANAN DAN PENGENARAN
FAIL
|
24
|
|
5
|
8 PENGURUSAN PERSATUAN
8.1 PENGENALAN
|
25
|
|
|
8.2 SUMBER DAN JENIS
PERBELANJAAN
|
25-26
|
|
|
8.3 AKAUN YURAN
|
26
|
|
|
8.4 AKAUN PENERIMAAN DAN
PEMBAYARAN
|
27
|
|
|
8.5 AKAUM PENDAPATAN DAN
PERBELANJAAN
|
27
|
|
|
8.6 KUNCI KIRA-KIRA
|
28
|
|
6
|
9 PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT
9.1 PENGURUSAN MESYUARAI
|
29
|
|
|
9.2 PENGERTIAN MESYUARAT
|
30
|
|
|
9.3 CIRI-CIRI MESYUARAT
BERKUALITI
|
30
|
|
|
9.4 PERANAN
PENGERUSI,SETIAUSAHA DAN AHLI JAWATAN KUASA
|
31-33
|
|
|
9.5 PROSES PENGENDALIAN
MESYUARAT
|
33-34
|
|
7
|
10 SURAT MESYUARAT
|
34
|
|
|
10.1 PANDUAN MENULIS SURAT
|
34-35
|
|
|
10.2 PENANDA WACANA DALAM
SURAT RASMI
|
36
|
|
|
10.3 SAPAAN
|
37
|
|
|
10.4 PROSUDER PENERIMAAN DAN
PENDAFTARAN
|
37
|
|
8
|
11PROTOKOL DAN ETEKIT
11.1 PENGENALAN
|
38
|
|
|
11.2 MAJLIS RASMI
|
38
|
|
|
11.3 SUSUNAN TEMPAT DUDUK
|
38
|
|
|
11.4 SUSUNAN BENDERA
|
38
|
|
|
11.5 SAPAAN DALAM MAJLIS
|
38
|
|
|
11.6 PENYEDIAAN ATURCARA
MAJLIS
|
39
|
|
9
|
12 ISTIADAT BENDERA
12.1 PENGENALAN
|
40
|
|
|
12.2 SUSUNAN DAN KEDUDUKAN
BENDERA
|
41-43
|
|
10
|
13 PENGURUSAN PAMERAAN
13.3 SUSUN LETAK
13.4 PENGURUSAN
SEBELUM,SEMASA,DAN SELEPAS MAJLIS
|
44-45
46
|
|
11
|
REFLEKSI AJ
|
47-56
|
|
12
|
REFLEKSI INDIVIDU
|
57-58
|
|
13
|
RUJUKAN
|
59
|
3.Kertas kerja.
DIANJURKAN OLEH:
UNIT KOKURIKULUM DENGAN
KERJASAMA KDPM KDC KEMAS AMBILAN NOV 2012 DAN KDPM KDC KEMAS AMBILAN NOVEMBER
2011
1.0 PENDAHULUAN
Pameran fotografi ini adalah
salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi ICT KDPM KDC KEMAS Ambilan November 2012. Aktiviti ini dilaksanakan
selaras dengan kehendak Performa Persatuan bagi peringkat dua atau bagi
semester dua pelajar IPG dan seterusnya mendedahkan pelajar kepada aktiviti
berpesatuan. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan
oleh pelajar apabila melakukan aktiviti di sekolah.
2.0
MATLAMAT
Matlamat pameran ini adalah
untuk memenuhi tuntutan sukatan pelajaran atau performa persatuan bagi pelajar
semester dua. Pengendalian aktiviti dan perancangan aktiviti serta pelaksanaan
aktiviti persatuan juga merupakan kemahiran yang didedahkan dalam sukatan
pelajaran persatuan.
3.0 OBJEKTIF
Diakhir pengajaran dan pembelajaran persatuan
bahagian dua atau semester dua, pelajar dijangka dapat:
3.1 Merealisasikan pameran TMK bagi performa persatuan semester dua
3.2 Meningkatkan pengetahuan ICT dalam kalangan pelajar dalam bentuk
riadah dan rekreasi
3.3 Meningkatkana keberanian dan keyakinan dalam diri pelajar semasa
menyertai aktiviti yang disediakan
3.4 Melahirkan pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang
bernas semasa menyertai aktiviti dalam kumpulan
3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial.
4.0 MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 5 Disember 2013
Masa
: 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat:
Ruang Legar Menara IPGKBM
5.0
ATURCARA
Aturcara program adalah seperti dalam lampiran 1
6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1 Jumlah peserta : 51 orang pelatih KDPM KDC KEMAS Nov 2012 dan 2011
6.2 Jumlah pensyarah yang terlibat : 2 orang
7.0 Jawatankuasa Induk & AJK Perlaksanaan
Penaung : Datin Siti Hanifah
Bt Madarsa
(Pengarah IPGKBM)
(Timbalan Pengarah IPGKBM)
Penasihat : En Noor Azuddin
Mohd Noordin(Ketua Unit Kokurikulum IPGKBM
Penyelaras : En Ahmad Taufix
Bin Mahat
Cik Asiah Mohammad Hashim
(Pensyarah Persatuan)
Pengerusi 1 : Norshafini bt
Shaiddin
Pengerusi 2 : Wan Nor Aidah Binti
Wan mohd Rahim
Setiausaha 1 :Norlida
Binti Mohd Sapiai
Setiausaha 2 :Jamilah Binti Abd. Hamid
Bendahari 1 :Fauziyah binti Amir
Bendahari 2 : Rossleeza Binti
Ahmad
Ahli jawatan kuasa Induk
AJK Protokol Siaraya: Nur Farhana llyani Binti Abdul HAdi
Fasihah Binti MAnsor
AJK Persiapan : Norhayati Binti Jalil
Nurul Azuwa Binti Ahmad Rubian
AJK Jamuan : Siti
Maizatul Fozian binti Yahya
Nor Mazalina binti Kadir
AJK Jemputan : Nor
Mariam binti Shahrudin
Siti Sa’udah bt Mohd Said
AJK Hadiah : Fauziyah
bt Amir
Rosleeza bt Ahmad
AJK Kebersihan : Khamsiah bt
Ramli
Nurul Asyikin bt Ahmad
Pengacara MAjlis : Nurul Nor
Ziela bt Ahmad Fadoli
Liza bt Mohd Zaki
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan intuk pameran ini:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penutup.
Dengan adanya pameran fotografi ini dapat meningkatkan keberanian dan kenyainan
dalam diri pelajar.Diharapkan dengan adanya pameran fotografi ini dapat
meningkatkan kemahiran dalam ict pelajar.
4
PENGURUSAN PERSATUAN
4.1 PERLANTIKAN JAWATAN KUASA PERSATUAN
CARTA ORGANISASI
PERSATUAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI (TMK)
KDC KEMAS KDPM
AMBILAN 2012(KUMPULAN A)
|
Pensyarah Penasihat
|
:
|
CIK ASIAH BT HASHIM
|
|
Pengerusi
|
:
|
Norshafini bt Shaidin
|
|
Tim.Pengerusi
|
:
|
Khamsiah bt Ramli
|
|
Setiausaha
|
:
|
Norlida bt Mohd Sapiai
|
|
Pen.Setiusaha
|
:
|
Fasihah bt Mansor
|
|
Bendahari
|
:
|
Fauziah bt Amir
|
|
Ahli Jawatankuasa
|
:
|
Dayang Idrawati bt Ismail
|
|
|
:
|
Nor Hidaiyu bt Abdul Halim
|
|
|
:
|
Nurul Nor Ziela bt Ahmad Fodoli
|
|
|
:
|
Sarina bt Khalid
|
|
|
:
|
Nor Mariam bt Shahrudin
|
|
|
:
|
Siti Maizaton Fozian bt Yahya
|
|
|
:
|
Norhayati bt Jalil
|
|
|
|
|
4.2
MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT
PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(TMK) KALI KE 2,
KDC KDPM KEMAS 2013
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR.
Tarikh : 28
NOVEMBER 2013.
MAS A : 3.30
petang.
Tempat : BILIK
KULIAH B1, ASRAMA DATO' AHMAD RAZALI
KEHADIRAN
|
1.
|
Cik Asiah bt Mohamad Hashim
|
Penasihat.
|
|
1.
|
Norshafini bt Shaiddin,
|
Pengerusi.
|
|
2.
|
Khamsiah bt Ramli..
|
Naib Pengerusi
|
|
3.
|
Norlida bt Mohd Sapiai
|
Setiausaha.
|
|
4
|
Fauziyah bt Amir.
|
Bendahari.
|
|
5
|
Siti Maizaton Fuzian bt Yahya
|
|
|
6
|
Sarina bt Khalid.
|
|
|
7
|
Nor Mariam bt Shahrudin
|
|
|
8
|
Norhayati bt Jalil.
|
|
|
9
|
Fasihah bt Mansor
|
|
|
10
|
Dayang Idrawati bt Ismail
|
|
|
11
|
Nurul NorZiela bt Ahmad Fodoli.
|
|
|
12
|
NurHidaiyu. bt Abdul Halim
|
1 Ucapan Pengerusi.
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberi ucapan
salam dan mengucapakan jutaan terima kasih diatas kehadiran semua ahli pada
petang ini.Mesyuarat pada petang ini adalah bagi kali ke dua dan membincangkan
tentang aktiviti yang akan diadakan iaitu "Pameran dan pertandingan
Fotografi yang bertemakan "Flora dan
Fauna".
1. Pengesahan Minit Mesyuarat.
Minit Mesyuarat kali pertama telah disahkan oleh
Puan Nor Mariam bt
Shahrudin dan disokong oleh Puan Maizaton Fozian bt
Yahya.
2. Perkara - Perkara Berbangkit.
Tiada.
3. Perbincangan tentang Majlis
'Pameran Fotografi".
3.1 Pengerusi menyatakan bahawa Majlis Pameran
Fotografi akan diadakan pada 5 Disember 2013.Majlis ini akan diadakan
bersama-sama dengan kumpulan B.
3.2 Bagi melancarkan majlis pada
hari itu,mesyuarat memutuskan untuk melantik ahli jawatankuasa induk yang akan
bersama-sama dengan kumpulan B.Di harapkan semua ahli mengambil bahagian.
3.3 Melantik ahli jawatankuasa induk.
|
Pengerusi
|
Norshafini bt Shaiddin.
|
|
Naib
Pengerusi :
|
Khamsiah bt Ramli.
|
|
Setiausaha
|
Norlida bt Mohd Sapiai
|
|
Bendahari
|
Fauziyah bt Amir.
|
|
AJk
Protokol/Siaraya :
|
NurHidaiyu. bt Abdul Halim.
|
|
Fasihah bt Mansor.
|
|
|
Dayang Idrawati bt Ismail.
|
|
|
AJK
Persiapan
|
Norhayati bt Jalil.
|
|
AJK
Jamuan
|
Siti Maizatul Fozian bt Yahya.
|
|
Salina bt Khalid.
|
|
|
AJK
Jemputan
|
Nor Mariam bt Shahrudin
|
|
AJK
Hadiah
|
Fauziyah bt Amir
|
AJK Kebersihan Khamsiah bt Ramli.
3.4 Majlis tersebut akan di rasmikan
oleh Pengarah IPGKBM iaitu Datin Siti Hanifah bt Madarsa.
3.5 Cadangan tempat untuk jamuan VIP ialah di sudut
tepi bahagian lega atau di tingkat 5.
Tindakan
Pn Norhayati bt Jalil.
3.6 Cadangan makan dan Minum pada hari itu ialah
ada dua menu.
Pertama; Karipap.Sri Muka.Mi kari ,Teh O dan teh
Ke dua : Karipap,sri muka, nasi ayam dan air oren
Tindakan Pn siti maizatun Fozian bt Yahya.
3.7 Hadiah cenderahati untuk VIP dan pemenang
pertandingan akan dibincangkan bersama kumpulan B.
Tindakan
Pn Fauziyah bt Amir.
3.8 Kutipan bagi seorang ahli akan di bincangkan di
dalam mesyuarat bersama kumpulan B.
3.9 Mesyuarat perbincangan bersama kumpulan B akan
diadakan pada pukul 8.00 malam.Semua ahli yang terlibat diwajibkan hadir.
4. Penutup
4.1 Pengerusi mengucapkan ribuan
terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan oleh semua ahli.Semoga
majlis ini dapat diadakan dengan jayanya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00
petang.
Laporan minit disediakan oleh,
..........................................
(NORLIDA BT MOHD SAPIAI)
Setiausaha,
Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
IPG Kampus Bahasa Melayu.
4.3
MERANCANG AKTIVITI PERSATUAN
Aktiviti
dirancang mengikut mesyuarat ahli jawatankuasa
4.4 MENYEDIAKAN
GARIS PANDUAN PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KDPM KDC KEMAS AMBILAN NOV 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
LEMBAH PANTAI 59990 KUALA LUMPUR
PERATURAN-PERATURAN
(PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan
5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,No.11,Tambahan
No.41,Perundangan(A):P.U.(A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998,maka berikut ini
dikemukakan Peraturan-peraturan(Perlembagaan) Persatuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi yang selepas ini disebut sebagai “persatuan” sahaja.
FASAL 1
NAMA DAN ALAMAT TEMPAT URUSAN
1.1 Pertubuhan
ini dikenali dengan nama PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KDPMKDC KEMAS AMBILAN NOV 2012.Selepas ini
disebut “Persatuan”
1.2 Tempat
urusan dan alamat surat menyurat
Persatuan ialah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,Lembah
Pantai 59990 Kuala Lumpur atau di tempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari
semasa ke semasa oleh Jawatankuasa
FASAL
2 LOGO
2.1
2.2
KETERANGAN LOGO
Logo
terdiri daripada satu bentuk bulat glob dunia melambangkan teknologi di zaman
muktakhir ini tanpa sempadan dan segiempat tepat pula bermaksud maklumat boleh
menerima, berkongsi data atau maklumat walaupun berada di mana-mana.
2.3 MAKSUD LOGO
Warna Hitam
- Semangat yang tinggi dalam perjuangan dan berdedikasi serta cekap
dalam melakukan apa jua bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pelajar
KDPMKDC KEMAS Ambilan Nov 2012 khasnya dan pelajar IPGKBM amnya.
Warna
Hijau – Harmoni, natural dalam mendukung cogan kata “Disiplin Asas
Kecemerlangan” serta komited dalam menyebarkan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi
dengan seluas-luasnya tanpa sempadan.
Glob
Bumi - Teguh dalam menjayakan cita-cita negara dengan menjadikan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai landasan ke arah kecemerlangan seantero
pelusuk dunia.
Nama
persatuan di atas glob bumi – bermaksud kepentingan persatuan pada institut
atau pusat pengajian dalam penggunaan medium multimedia bagi segala aktiviti
serta halatuju persatuan ke arah maju ke hadapan.
FASAL
3 PENGGUNAAN LOGO DAN KEPALA SURAT
3.1
Logo dan Kepala surat “Persatuan” hanya boleh digunakan oleh ahli persatuan ini
sahaja.
FASAL
4 MATLAMAT
4.1
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek.
FASAL
5 OBJEKTIF
5.1
Untuk menanam semangat daya usaha, pemikiran sihat, hasrat dan cita-cita yang
jitu dan kental serta mempunyai sifat-sifat rohaniah dan jasmaniah, dunia dan
akhirat untuk setiap ahli.
5.2
Memberikan peluang dan memdedahkan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi kepada ahli serta menganjurkan kursus, seminar yang berkaitan dengan
teknologi maklumat.
5.3
Untuk merancang, melaksanakan dan menilai program dan aktiviti ahli termasuk
bekerjasama atau bergabung dengan persatuan lain yang mempunyai tujuan yang
sama bagi berhubung dengan kerajaan dan agensi lain untuk rancangan yang
berfaedah bagi memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta
lain-lain aktiviti seperti pelajaran, pembangunan, ekonomi, sosial dan
kerohanian.
5.4
Mengemaskinikan segala usaha dan gerak langkah dalam bentuk jangka pendek dan
jangka panjang sehingga ke peringkat memiliki hartanah, bangunan, dan
sebagainya.
5.5
Mengusahakan dan membangunkan aktiviti yang berprestij, global dan menekankan
kaedah-kaedah terkini serta kehendak semasa.
5.6
Menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan
undang-undang. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil
dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk
melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini, dan tidak
sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar
faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguhpun
begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan
tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada
sebarang ahli atau pekerja Persatuan
ini.
FASAL 6 KEAHLIAN
6.1
Keahlian adalah terbuka kepada semua Warga IPGKBM sahaja tanpa mengira jantina
yang telah mencapai umur 18 ke atas dan berminat dengan bidang teknologi
maklumat. Bilangan ahli tidak terhad.
Terdapat dua jenis ahli:
(a) Ahli
Tetap terbuka kepada individu yang mengikuti Kursus Dalam Cuti khususnya
pelajar-pelajar program KDPMKDC KEMAS
AMBILAN NOV 2012yang berumur 18 tahun ke atas berminat dengan aktiviti
teknologi maklumat. Mereka ini DIWAJIBKAN menjadi ahli persatuan ini.
(b) Ahli
Biasa terbuka kepada Warga IPGKBM lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun ke
atas tanpa mengira jantina, agama, bangsa dan keturunan yang berminat dengan aktiviti
teknologi maklumat dan komunikasi.
6.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah
dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang
dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa
untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang
permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
6.3Tiap-tiap
pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,
hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima
menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.
6.4Ahli-ahli
mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan.
FASAL 7 BAYARAN
MASUK , YURAN DAN BAYARAN LAIN
7.1 Bayaran masuk dan yuran
yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
Ahli Tetap Ahli Biasa
Yuran masuk :
RM 10.00 RM 10.00
Yuran Tahunan
: RM 10.00 RM 10.00
7.2
Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh
tiga bulan dari awal tiap-tiap tahun.
7.3
Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari tiga bulan dengan sendirinya terhenti
daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya
tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang
ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.
7.4
Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi sesiapa yang
telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang.
7.5
Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang
tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang
telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran
tahunan.
FASAL
8 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
8.1
Ahli yang hendak berhenti deripada menjadi ahli Persatuan, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu
terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
8.2
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau
digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah
oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian
ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan
atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi
peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.Pemecatan atau
penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau
membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 9
MESYUARAT AGUNG
9.1
Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi
atau dua kali ganda jumlah Ahli
Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat
agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk
mesyuarat.
9.2
Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada
suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa ;
dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli
yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat
keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
9.3
Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat
mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac
pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja
Mesyuarat Agung Tahunan ialah :
(a) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan
perjalanan Persatuan di dalam tahun yang lalu ;
(b) Menerima laporan Bendahari dan penyata
kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
(c) Memilih Ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa
Kira-Kira untuk dua tahun sekali.
(d) Menguruskan perkara-perkara lain yang
dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
9.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada
tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan
laporan berserta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah
diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh
ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.
9.5 Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini
boleh diadakan :
(a) Bila
difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau
(b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis
oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi
dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah
dihantar kepada Setiausaha Persatuan.
9.6
Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu
tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat
itu.
9.7
Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat
Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli
sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk
bermesyuarat.
9.8
Fasal 8 (1) dan 8 (2) didalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi
dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang
telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan
dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan
ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
FASAL 10
PENASIHAT/PENAUNG
10.1
Jawatankuasa boleh , jika difikirkan perlu ,
melantik salah seorang pensyarah-pensyarah di IPGKBM menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini
dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara
bertulis.
10.2
Penasihat hendaklah memberikan nasihat dalam
perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
FASAL
11 JAWATANKUASA
11.1
Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah
dipilih didalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap dua tahun sekali:
Seorang
Pengerusi.
Seorang
Naib Pengerusi
Seorang
Setiausaha
Seorang
Penolong Setiausaha
Seorang
Bendahari
7
orang Ahli Jawatankuasa Biasa ( dua dilantik oleh Pengerusi)
11.2
Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan
tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara
Malaysia.
11.3
Nama untuk jawatan di Fasal 9(1) di atas hendaklah dicadangkan serta disokong
dan pemilihannya dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat
Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap dua tahun sekali.
11.4
Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat Agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan
dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung
dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat
agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
11.5
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh
tiga (3) bulan.Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada
ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak
kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya
diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.Sekurang-kurangnya setengah
(1/2) daripada Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan
dan mencukupkan korum mesyuarat.
11.6
Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan
Ahli-Ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat
mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa
boleh dianggap sebagai telah diterima:
(a)
Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan
kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;
(b)
Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu ; dan
(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang
terbanyak.
(d) Sebarang keputusan yang didapati melalui
surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat
Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan
mesyuarat.
11.7
Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam
Jawatankuasa.
11.8
Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon
yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah
dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada
atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain
memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
11.9
Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain
untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang
difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan
sebarang pengurus atau kakitangan kerana
cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan
Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan
kepentingan Persatuan.
11.10Jawatankuasa
boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkanmustahak dan memberi
kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa.
FASAL 12
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
12.1
Pengerusidalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah mempengerusikan semua
mesyuarat agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan
hendaklah ia menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha
dan Bendahari.
12.2
Naib Pengerusiakan memangku jawatan Pengerusi dan menjalankan tugas-tugas Pengerusi
semasa ketiadaannya.
12.3
Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut
undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan
Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan
menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.
Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir
seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama
dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam
semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani
semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari.
12.4
Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia
hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek
Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
12.5
Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas
yang diarahkan olehnya.
FASAL 13
KEWANGAN
13.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan
berikut dalam undang-undang ini
wang Persatuan ini boleh digunakan untuk
perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuk
belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun,
wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan
hukuman oleh Mahkamah.
13.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit
tidak lebih daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja) pada
sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam
bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas
nama Persatuan.
13.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang
dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi , Setiausaha atau
Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai
pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.
13.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00
(Ringgit Malaysia Seribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak
diluluskan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa , dan perbelanjaan yang lebih dari RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia
Sepuluh Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran
mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang dari RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Seribu) bagi
sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi
bersama Setiausaha dan Bendahari.
13.5
Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi
setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa
Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya
tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan
untuk kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya
hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat urusan Persatuan.
13.6 Tahun kewangan Persatuan ini bermula
dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.
FASAL
14 PEMERIKSA KIRA-KIRA
14.1
Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang
jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.
14.2
Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun
dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus
juga jika dikehendaki pada bila-bila
masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di
dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 15
PENGAMANAH
15.1
Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendakklah dilantik
di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki
oleh Persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan
Persatuan dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
15.2
Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta
kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh
Mesyuarat Agung Persatuan.
15.3
Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatan oleh Mesyuarat Agung oleh
sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana
sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaan
dengan memuaskan. Jika berlaku kematian,
perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan
itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baharu dilantik di dalam Mesyuarat
Agung.
FASAL 16
TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
16.1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung,
Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan
Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak
terkandung di dalam undang-undang ini.
16.2
Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang
telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli
adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
FASAL 17
LARANGAN
17.1 Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak
boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh
Bin, Belangkai, Pau Kau, Tau Ngau, tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puloh
Satu, Tiga Puloh Satu, Sepuloh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s
game, permainan video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;
17.2 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri
sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau
pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau
ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;
FASAL
18 KEHADIRAN/ PENYERTAAN
18.1
Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.
18.2
Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali
berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.Tindakan membuang
keahlian boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
FASAL
19 AKTIVITI
19.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam
mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
19.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh
Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
FASAL 20 PERATURAN-PERATURAN
20.1 Peraturan Institut adalah menjadi peraturan
asas.
20.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah
dipaatuhi oleh semua ahli.
20.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan
tindakan tatatertib.
FASAL 21 TINDAKAN DISIPLIN
21.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar
perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
21.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara
berikut:
(2.1) Amaran Lisan
(2.2) Amaran Bertulis
21.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan
yang diambil boleh membuat rayuan kepada Penasihat secara bertulis dan
keputusan Penasihat adalah muktamad.
FASAL
22 PINDAAN PERLEMBAGAAN
22.1 Mana-mana bahagian
dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
22.2
Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli,ahli jawatankuasa,penasihat atau pentadbirinstitut
secara bertulis.
22.3
Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Penasihat dan ahli jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
22.4
Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Pengarah.
FASAL 23 PEMBUBARAN
23.1 Pengarah diberi kuasa
untuk membubarkan persatuan ini jika didapati melanggarperlembagaan dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
23.2
Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung tergempar.
FASAL 24 HAL-HAL LAIN
24.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap
aktiviti yang dijalankan.
24.2
Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat
………………….. ………………………. …………………….
( ) ( ) ( )
Setiausaha Persatuan Pengerusi Persatuan Penasihat Persatuan
5. PENGENALAN
KONSEP/TEORI
5.1. DEFINASI
Aktiviti
kokurikulum sebenarnya telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan dalam sistem
pendidikan negara ini,iaitu sejak zaman penjajahan lagi.Aktiviti kokurikulum
merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang
terancang.Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran didalam kelas.
Oleh
itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada
pelajar-pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,kemahiran
dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam kelas.Gerakerja kokurikulum
dikelompokkan kepada 3 kumpulan iaitu:
A.Unit
Badan Beruniform
B.Persatuan/Kelab
C.Sukan/Permainan
5.2 KONSEP/TEORI
Aktiviti
kokurikulum merupakan kegiatan yang dirancang atas lanjutan dan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan memberi murid peluang untuk
menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang telah
dipelajari dalam bilik darjah.
Kokurikulum
juga merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak
kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan.Ini bermakna kurikulum
dan kokurikulum adalah saling lemgkap melengkapi bagi menghasilkan insan yang
seimbang dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek selaras dengan Dasar
Pembangunan Pendidikan 2001-2010.Dasar ini juga dinyatakan dalam Kurikulum
Kebangsaan 1997 iaitu,“Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang
termasuk dalam kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayan,untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani,rohani,mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai
moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Sebagai
satu bidang pendidikan,penglibatan semua murid dan anggota mansyarakat adalah
perlu.Bahawa semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan
sahsiah yang bersepadu.
5.3 CIRI-CIRI
1-dapat
meningkatkan dan memperkukuhkan disiplin murid kea rah pembinaan sahsiah yang
bersepadu.
2-Menyedari
dan memahami kepentingan dan faedah pengetahuan dan kemahiran bagi diri
sendiri.
3-Berusaha
mencari dan memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran baru.
4-Menghayati
dan mengamalkan gaya hidup sihat.
6.
IDENTITI PERSATUAN
6.1
Logo
6.2 Moto
DISIPLIN
ASAS KECEMERLANGAN
7. SISTEM FAIL
7.1
FAIL
Fail merupakan salah satu folder atau beg untuk menyimpan
segala surat-surat atau dokumen-dokumen yang penting.Fail ini perlu juga diberi
nama atau tajuk dan kadangkala diberi nombor panggilan supaya mudah di susun
atau dirujuk kemudian hari.Seseorang setiausaha atau pengurus di sesebuah
pejabat haruslah mahir dalam penyusunan fail pejabat dan setiap penerimaan atau
pengeluaran surat dari pejabat mesti ada
satu salinan tersimpan dalam fail.
Objektif failing
ialah memperkenalkan prinsip-prinsip,teknik moden dan tatacara di dalam
pengerusan fail dan rekod organisasi bagi meningkatkan produktiviti dan
menguruskan fail dan rekod secara efektif dan berkesan.
7.2 Sistem fail
Sistem fail adalah proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk simpanan selamat atau rantaian
aktiviti yang telah dijalankan dari bermula hingga tamat aktiviti.Sistem fail
juga satu proses klasifikasi,penyusunan,penyimpanan dan pelupusan rekod supaya
mudah diperolehi dengan cepat dikehendaki.Sistem ini juga dapat menambah
kecekapan pentadbiran dan juga pengurusan sesebuah persatuan.
7.3 Faedah sistem fail yang baik.
Faedah
sistem fail yang baik akan membolehkan
pengesanan dan pengeluaran fail dengan segera. Dengan ini pengeluaran
fail dengan segera,sesuatu maklumat dapat diperolehi dengan segera serta
tindakan dapat diambil dengan segera.Keadaan ini dapat meningkatkan kecekapan
pentadbiran serta member kepuasan kepada pelangan.
7.4 Penyimpanan dan pengedaran fail.
Penyimpanan fail
Fail hendaklah disimpan di bilik rekod dengan menggunakan
rak yang sesuai dan hendaklah dilebelkan bagi memudahkan pengesahan fail.Fail
terperingkat pula hendaklah disimpan dalam cabinet berpunci yang berpalang.Rak
bergerak yang berkunci atau bilik kebal
sesuai dengan arahan keselamatan.Pergerakan fail hendaklah direkodkan.
Pengedaran fail.
Surat yang hendak diedarkan bersama-sama
failnya.Ketua-ketua Jabatan memastikan prosedur-prosedur berikut hendak
dipenuhi oleh semua kakitangan.:
1.Masukkan surat –surat yang
diterima ke dalam fail.
2.Kertas minit adalah pentng
baik mencatat segala arahan dan keputusan berhubung sesuatu perkara.
3.Rekodkan pada kertas minit
bagi surat masuk.
4.Rekodkan pada kertas Minit
tindakan kerja,nama pegawai dan tarikh.
5.Pergerakan fail hendaklah
di rekodkan bagi memudahkan pengawalan dan pengesanan fail.
6.Mengedarkan fail berkenan
kepada pegawai yang dipertanggunjawabkan untuk menguruskan surat tersebut.
(berdasarkan kenyataan pada kertas minit).
7. Catatatkan pada kertas
minit jika ada surat jawapan yang dikeluarkan untuk menguruskan surat yang
masuk.
8.Terima baik fail daripada
pegawai berkenaan.
Fail-fail yang mempunyai pengkelasan keselamatan
hendaklah diuruskan dengan cara yang berlainan daripada fail-fail Terbuka/
Terhad.Pengedaran hendaklah digunakan beg berkunci dan kuncinya dipegang oleh
pegawai yang berkaitan dengan urusan tersebut.
8. PENGURUSAN KEWANGAN KELAB DAN PERSATUAN
8.1 PENENALAN
Pengurusan Kewangan adalah satu perkara utama dan paling
penting dalam sesebuah kelab atau persatuan yang tidak bermotifkan kepada
keuntungan semata mata. Tujuan utamanya ialah memberi faedah dan kemudahan
rekreasi aktiviti yang dijalankan. Dalam mesyuarat agung tahunan, laporan
kewangan tahunan organisasi haruslah dibentangkan kepada ahli dan satu salinan
haruslah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan.Tanpa pengurusan kewangan yang baik
dan sempurna maka perjalanan persatuan atau kelab berkenaan akan pincang dan
akhirnya terus berkubur.
8.2 SUMBER – SUMBER HASIL
Sumber
utama hasil kelab dan persatuan adalah daripada yuran pendaftaran dan yuran
tahunan dari setiap ahlinya. Selain daripada itu sumber kewangan yang boleh
diperolehi ialah akaun wang SUWA, tajaan, kutipan, dan sumbangan pihak luar dan
usaha ahli.
8.2.1 Akaun yuran
Akaun
Sumbangan Wang Asing atau lebih dikenali sebagai akaun SUWA.
Akaun ini bukan dari peruntukan Kementerian Pendidikan
tetapi sumber
akaun wang SUWA adalah dari kutipan, yuran ahli, derma
dan sumbangan
lain. Wang ini boleh digunakan bagi perbelanjaan kepada
aktiviti kokurikulum.
8.2.2 Tajaan
Tajaan
daripada syarikat – syarikat bagi menampung perbelanjaan aktiviti
kokurikulum dan pertandingan. Contoh tajaan adalah sumber
kewangan dan
tajaan hadiah.
8.2.3 Kutipan derma dan
sumbangan pihak luar
Cara
lain yang boleh dianjurkan oleh pihak persatuan ialah melalui kutipan
derma dan sumbangan pihak luar. Cara memohon sumbangan
ini seperti
membuat surat rayuan, membuat jualan amal dan mengadakan
aktiviti
Jogathon.
8.2.4 Usaha ahli
Ahli
persatuan boleh berusaha mencari sumber kewangan bagi melaksanakan
aktiviti kokurikulum seperti menjual makanan, menjual
baju terpakai, menjual
surat khabar lama dan lain – lain lagi.
8.3 .AKAUN YURAN
|
Akaun Yuran
|
|
|
Bakib/b
X
Pendapatan
dan
Perbelanjaan XX
Baki h/b
X
XX
Baki b/b
X
|
Bakib/b X
Bank /Tunai XX
Bakih/b
X
XXX
Baki b/b
X
|
8.4 AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
DEBIT
KREDIT
|
PENERIMAAN
|
RM
|
PEMBAYARAN
|
RM
|
|
Baki
wang pada awal tahun
Yuran
dari ahli – ahli
Derma
Pulangan
Yuran Ahli
|
|
Yuran
kepada Ibu Pejabat
Perbelanjaan
Pejabat
Alat
tulis dan cetak
Belanjaan
Pos
Keraian
Iklan
Baki
pada akhir tahun
(i)
Wang
tunai dalam tangan
(ii)
Wang
tunai dalam bank
|
|
Tandatangan : Tandatangan
:
Nama : Nama
:
Jawatan : Jawatan
:
8.5 AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
DEBIT KREDIT
|
PENDAPATAN
|
TUNAI
|
BANK
|
PERBELANJAAN
|
TUNAI
|
BANK
|
|
Baki
bawa hadapan
|
0.00
|
50.00
|
Pembelian
Bahan Mentah
|
200.00
|
|
|
Yuran
keahlian
|
120.00
|
|
|
|
|
|
Yuran
tahunan
|
120.00
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BAKI:
|
40.00
|
|
|
JUMLAH
BESAR
|
240.00
|
50.00
|
JUMLAH
BESAR
|
240.00
|
50.00
|
8.6 Kunci kira-kira.
Penyata
menunjukkan kedudukan sebenar kewangan sesebuah persatuan.Ianya juga
menununjukkan harta dan hutang sebenar kewangan sesebuah persatuan.
AKAUN KEWANGAN PERSATUAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
AKAUN YURAN
|
Akaun Yuran
|
|
|
Baki b/b RM 0.00
Pendapatan dan
Perbelanjaan RM 220.00
Baki
h/b RM 120.00
RM 340.00
Baki b/b RM
120.00
|
Baki b/b
RM
0.00
Bank / Tunai RM
340.00
Baki h/b RM 0.00
RM
340.00
Baki b/b RM 120.00
|
|
|
|
AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
DEBIT
KREDIT
|
PENERIMAAN
|
RM
|
PEMBAYARAN
|
RM
|
|
Baki
wang pada awal tahun
Yuran
dari ahli – ahli
Derma
Pulangan
Yuran Ahli
|
0.00
240.00
100.00
0.00
|
Yuran
kepada Ibu Pejabat
Perbelanjaan
Pejabat
Alat
tulis dan cetak
Belanjaan
Pos
Keraian
Iklan
Baki
pada akhir tahun
(i)
Wang
tunai dalam tangan
(ii)
Wang
tunai dalam bank
|
50.00
50.00
80.00
20.00
10.00
10.00
120.00
50.00
|
Tandatangan : Tandatangan
:
Nama : Nama
:
Jawatan : Jawatan
:
AKAUN
PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
DEBIT KREDIT
|
PENDAPATAN
|
TUNAI
|
BANK
|
PERBELANJAAN
|
TUNAI
|
BANK
|
|
Baki
bawa hadapan
|
0.00
|
50.00
|
Yuran
kepada Ibu Pejabat
|
50.00
|
|
|
Yuran
keahlian
|
120.00
|
|
Perbelanjaan
Pejabat
|
50.00
|
|
|
Yuran
tahunan
|
120.00
|
|
Alat
tulis dan cetak
|
80.00
|
|
|
Derma
|
100.00
|
|
Belanja
Pos
|
20.00
|
|
|
|
|
|
Keraian
|
10.00
|
|
|
|
|
|
Iklan
|
10.00
|
|
|
|
|
|
BAKI:
|
120.00
|
|
|
JUMLAH
BESAR
|
240.00
|
50.00
|
JUMLAH
BESAR
|
240.00
|
50.00
|
9. PANDUAN
PENGURUSAN MESYUARAT
9.1 PENGENALAN
Pengurusan
mesyuarat bermaksud komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan
dengan bertujuan membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah
berbangkit. Mesyuarat yang sah harus
dihadiri dengan sebilangan ahli pertubuhan.di mana di peruntukkan dalam
tataurusan persatuannya.Mesyuarat yang gagal mencapai kehadirian ahlinya , akan
dianggap tidak sah dan sebarang keputusan yang dicapai tidak boleh dianggap
sebagai keputusan yang mewakili
pertubuhan berkenaan.
9.2 DEFINISI PENGURUSAN
MESYUARAT
Terdapat
beberapa definisi tentang pengurusan mesyuarat antaranya,mesyuarat ditakrifkan
sebagai perundingan sesuatu dalam mencapai keputusan dan membolehkan urusan
lain berjalan dengan lancar.Ianya dapat memudahkan segala urusan yang telah di
rancang,kerana di dalam mesyuarat melibatkan lebih daripada seorang individu
dan pelbagai idea serta keputusan dapat di capai.Mengikut Noresah Baharom(2000)
mendefinisikan mesyuarat sebagai "perundingan untuk membicarakan sesuatu
atau mencapai sesuatu keputusan,dan perbicaraan. Selain itu,mesyuarat juga didefinisikan
sebagai satu perhimpunan kumpulan bagi sesebuah pertubuhan yang menggabungkan
idea untuk mencapai sesuatu matlamat,matlamat yang hendak di capai
kebanyakannya dalam keadaan yang kompleks dan faktor inilah yang menyebabkan
mesyuarat perlu di laksanakan.
Secara
kesimpulannya,dapat dijelaskan bahawa mesyuarat dapat ditafsirkan sebagai
perjumpaan ramai untuk berbincang dan mencapai sesuatu keputusan.Dalam
melaksanakan sesuatu tugas yang diberi,idea yang bernas akan diperolehi
daripada perbincangan dalam mesyuarat bersebut. Mesyuarat juga suatu bentuk
komunikasi dua hala antara individu dalam situasi formal bagi membincangkan dan
menyelesaikan masalah yang berbangkit.
9.3
CIRI-CIRI MESYUARAT BERKUALITI
Mesyuarat
merupakan perbincangan yang memliki ciri-ciri mesyuarat yang berkualiti seperti
:
1. Mesyuarat
harus diadakan dan dikawal oleh seorang pengerusi.
2. Lazimnya.pengerusi mesyuarat pada masa yang
sama merupakan pengerusi dalam pertubuhan.3
3. Semua orang yang harus menghadiri mesyuarat
akan dipanggil oleh seorang setiausaha.4
4. Pada
lazimnya , bagi mesyuarat yang penting, notis
akan dihantar kepada mereka yang terlibat dua minggu sebelum mesyuarat
diadakan.5
5. Perkara-perkara
yang dibincangkan dalam mesyuarat harus dicatat secara hitam putih oleh
setiausaha.6
6. Mesyuarat
harus dijalankan menurut tatacara mesyuarat
dan agendanya.
Jenis
–jenis mesyuarat
Mesyuarat Agung Tahunan
Mesyuarat Luar Biasa Tergempar
Mesyuarat Jawatankuasa Kerj
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil/Biro
9.4 PERANAN PENGERUSI, SETIAUSAHA
DAN AHLI MESYUARAT
9.4.1 PERANAN PENGERUSI
Sebagai
pemimpin, Pengerusi memainkan peranan penting dalam sesebuah persatuan.
Beliau
akan menjadi penggerak, teras dan sumber ilham serta memberi nafas baru
terhadap kemajuan perjalanan dan perkembangan persatuannya. Antara lain
tanggungjawab Pengerusi adalah:
Mestilah bersedia berbakti, mengambil tindakan serta bertanggungjawab menyelesaikan
masalah yang berbangkit dengan adil dan berkesan. Pengerusi juga harus kreatif
dan mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan masalah.
Bertanggungjawab menjayakan aktiviti persatuannya dan berperanan melaporkan
kepada Penaung atau Penasihat. Juga memastikan jentera pentadbiran persatuan
tidak menyeleweng dari dasar asal.
Dapat menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam semua
aspek.
Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli jawatankuasa,
menguruskan pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta menyelaraskan semua
tugas dan kegiatan persatuan.
Membuat penilaian, perancangan, dan menggubal dasar persatuan dari masa ke
semasa agar pengurusan persatuan berjalan dengan lancar dan sempurna.
9.4.2
PERANAN SETIAUSAHA
Merupakan
teras dan teraju persatuan dan sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah
persatuan.Umumnya beliau merupakan seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab
dan berupaya memikul tugas yang berat dan mencabar. Antara lain peranan
Setiausaha adalah:
Menghidupkan dan memberi nafas baru kepada pertubuhan yang dianggotainya.
Menjaga urusan jentera pentadbiran dan pengurusan persatuan.
Berkewajipan menyelaraskan semua kegiatan dan projek yang dirancang.
Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan.
Menguruskan surat menyurat, sistem fail, buku, stok alatulis, pekeliling dan sebagainya.
Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat, dan menyediakan pelbagai borang
yang berkaitan dengan tugasnya.
Hadir dalam setiap mesyuarat untuk mencatat minit dan jika tidak dapat hadir,
tugas dilaksanakan oleh Penolong Setiausaha.
Menandatangani semua cek dan baucer selain Presiden/YDP dan Bendahari.
Menyediakan Laporan Mesyuarat / Mesyuarat Agung.
9.4.3
PERANAN AHLI JAWATANKUASA
Pemilihan
Ahli Jawatankuasa biasanya dibuat dalam mesyuarat agung tahunan. Tugas mereka
antara lain:
Menghadiri semua mesyuarat persatuan.
Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada
mereka.
Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan rancangan atau projek
yang telah ditetapkan oleh persatuan.
Boleh melantik ahli-ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu.Bersama-sama
bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui dalam sesuatu
mesyuarat
.Ahli
jawatankuasa biasanya akan dijemput menghadiri mesyuarat dengan notis
sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh mesyuarat. Seseorang ahli
jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat tiga (3) kali berturut-turut tanpa
alasan boleh dianggap sebagai telah meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa
dan tindakan yang sah boleh diambil (jika perlu). Jika ada ahli jawatankuasa
yang meninggal dunia, maka lantikan baru boleh dibuat.
9.5 PROSES MENGENDALIKAN MESYUARAT
Proses
mengendalikan mesyuarat, di dalam
pengurusan mesyuarat,terdapat tiga proses untuk mengendalikan mesyuarat iaitu
pramesyuarat,pelaksanaan mesyuarat dan pasca mesyuarat.
Pramesyuarat:
Sebelum
sesebuah organisasi memulakan mesyuarat,terdapat beberapa persediaan yang perlu
dibuat seperti mengadakan perbincangan.dalam hal ini,setiausaha perlu
berbincang dengan pengerusi mengenai beberapa perkara,antaranya menentukan
tarikh untuk mengadakan mesyuarat,masa yang akan berlangsungnya mesyuarat,tempat
untuk mengadakan mesyuarat dan agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat
tersebut. Selain itu, sebelum memulakan mesyuarat setiausaha perlu memastikan
persediaan kemudahan yang akan digunakan semasa mesyuarat bermula.Antaranya
seperti tempahan tempat atau lokasi untuk bermesyuarat.Pastikan bilik yang
ditempah berada dalam keadaan yang baik,kemas dan sedia untuk digunakan.Selain
daripada tempahan bilik,setiausaha perlu membuat tempahan jadual ringan.
Apabila selesai membuat tempahan,setiausaha perlu mengedar surat panggilan
surat kepada ahli-ahli yang terlibat.Dalam hal ini,setiausaha perlu memastikan
ahli-ahli mesyuarat menerima surat jemputan dalam tempoh 10 hari sebelum
mesyuarat.
PELAKSANAAN MESYUARAT:
Pengerusi sebagai individu yang memainkan
peranan utama dalam sesuatu mesyuarat.Selain itu,peranan mesyuarat adalah
dengan mempunyai individu-individu seperti setiausaha dan ahli mesyuarat.Ini
adalah individu yang penting dalam sesebuah organisasi yang ingin melaksanaan
mesyuarat.
PASCA MESYUARAT:
Selepas mesyuarat selesai,tugas setiausaha
ialah menyediakan draf minit mesyuarat untuk kelulusan pengerusi.Draf ini ini
hendaklah dikemukakan tidak lewat dari tiga hari selepas tarikh mesyuarat
diadakan.Selepas itu,minit mesyuarat yang telah diluluskan oleh pengerusi
hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat tidak lewat dari satu minggu
selepas tarikh mesyuarat diadakan.
10. SURAT
MENYURAT
10.1 PANDUAN MENULIS SURAT
RASMI
Surat
rasmi mestilah jelas isinya iaitu tidak menelirukan sesiapa yang membacanya.
Perlu di tulis atas kertas
rasmi yang dicetak nama dan alamat organisasi atau alamat dan nama penulis.
Memulakan surat dengan
ungkapan berdasarkan tujuan srat dtulis.
Kata-kata hormat seperti
tuan/puan dan diakhiri dengan saya yang
menurut perintah.
CONTOH SURAT RSMI
Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59200 Lembah Pantai
Kuala Lumpur
Yang Berbahagia,
Datin Siti Hanifah Binti Madarsa
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59200 Lembah Pantai
Kuala Lumpur Tarikh
: 17 September 2013
Yang Berbahagia Datin,
Memohon Kebenaran Mengadakan Pameran
Fotografi
Dengan segala hormatnya, saya sebagai setiausaha
Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu ingin meminta kebenaran Yang Berbahagia Datin untuk mengadakan
pameran Fotografi pada 5 Disember 2013.
2. Pameran
tersebut akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30
tengahari.
3. Sehubungan
dengan itu juga, saya ingin mengundang Yang Berbahagia Datin untuk merasmikan
pameran tersebut.
Saya berharap agar Yang Berbahagia Datin tidak
menghampakan pihak kami. Atas kesudian Yang Berbahagia Datin untuk menghadiri
majlis perasmian ini, saya ucapkan terima kasih. Sekian.
Yang menjalankan tugas
.........................................
(NORLIDA BT MOHD SAPIAI)
Setiausaha
Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
10.2 PENANDA WACANA DALAM SURAT RASMI
Penanda
wacana merupakan ungkapan yang digunakan dalam surat rasmi bagi menerangkan
sesuatu kandungan surat supaya lebih bermakna atau signifikan.
1.Penanda Rujukan :
Pada kebiasaannya ungkapan
ini digunakan pada awal ayat atau perenggan pertama.
Contoh :
a) Dengan hormatnya, saya
merujuk tentang perkara diatas dan memaklumkan ..........
2. Penanda Matlamat :
Ungkapan yang menunjukkan
matlamat atau tujuan yang hendak dicapai.
Contoh :
a) Untuk makluman tuan
.................
3. Penanda Antisipasi :
Ungkapan ini biasanya
digunakan pada akhir surat yang berkaitan dengan penghargaan dan sebab musabab.
Contoh :
a) Atas kerjasama tuan itu,
saya dahului dengan ucapan terima kasih.
4. Penanda Penamat :
Ungkapan yang memberi
isyarat akan berakhirnya isi surat.
Contoh :
a) Sekian terima kasih
5. Penanda Akuan atau
Rujukan Diri :
Ungkapan ini hendaklah
bersesuaian dengan tujuan menulis surat, situasi pengirim dan hubungannya
dengan penerima.
Contoh :
a)
Saya yang menurut perintah
10.3 SAPAAN
Sapaan
yang diberikan adalah yang berkaitan dengan majlis rasmi dan surat rasmi.
Sapaan melibatkan panggilan seperti yang berikut :
Rujukan
Kehormat
|
Bil
|
Jawatan
|
Rujukan
Kehormat Penyandang
|
Rujukan
Kehormat untuk isteri
|
|
1.
|
Datuk
/ Dato ’/ Datin
|
Yang
Berbahagia
|
Yang
Berbahagia
|
10.4 PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN
SURAT
Surat-surat
rasmi terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :
1.
Surat-surat Terperingkat dan Surat untuk Perhatian Pengerusi
2.
Surat Umum yang Dialamatkan Kepada Pengerusi
3.
Surat-surat untuk Tindakan Segera/ Serta Merta.
11. PROTOKOL
DAN ETIKET
11.1 PENGENALAN
Protokol
merupakan suatu susunan keutamaan dalam pangkat dan status dan prosedur yang
betul dalam pertukaran diplomatik dan dalam upacara-upacara negara. Ia juga
suatu draf permulaan atau memorandum suatu dokumen diplomatik. Protokol juga
adalah rumusan rasmi dipermulaan dan akhir sesebuah piagam. Menurut Kamus
Dewan, protokol bermaksud bahawa surat-surat rasmi berkenaan keputusan
perundingan. Ia juga meliputi peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi.
Protokol juga merupakan surat asal berkenaan dengan sesuatu persetujuann dalam
persediaan untuk sesuatu perjanjian yang meliputi budi pekerti, peraturan-peraturan
dalam istiadat rasmi. Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan
penghormatan yang diberikankepada seseorang tetamu dan para jemputan, disamping
menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu
majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan
kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan
sesuatu majlis.
11.2 MAJLIS RASMI
Majlis
Pameran Fotografi anjuran Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KDPM KDC
Kemas Ambilan November 2012 ini merupakan majlis rasmi. Majlis ini dirasmikan
oleh Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madarsa, Pengarah IPG Kampus
Bahasa Melayu Lembah Pantai. Pameran TMK ini turut dihadiri oleh Encik Noor
Azuddin bin Mohd Noordin, Ketua Unit Kokurikulum IPGKBM dan pensyarah merangkap
penasihat persatuan iaitu Encik Ahmad Taufix bin Mahat dan Cik Asiah binti Mohd
Hashim serta pelajar-pelajar KDPM KDC Kemas Ambilan November 2011.
11.3 SUSUNAN TEMPAT DUDUK
Dalam
majlis rasmi seperti ini, susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan
yang diwartakan. Semasa majlis pameran ini diadakan, susunan tempat duduk
adalah seperti berikut :
Pentas
Acara
Rostrum
Pengerusi
Persatuan
Tetamu Tetamu khas kedua
Khas
Encik Noor Azuddin
Utama
YB Datin Siti Hanifah
Tetamu
Tetamu Pelajar
Pelajar
Pelajar
Pelajar
Susunan
Tempat Duduk Majlis Pameran
Pintu
masuk
11.4 SUSUNAN BENDERA
Bendera
Malaysia, Bendera Negeri, Bendera IPGKBM dan Bendera Persatuan dikibarkan
bersama-sama dalam majlis tersebut Susunan bendera semasa majlis pameran ini
diadakan adalah seperti berikut :
Bendera IPGKBM Bendera
Negeri Bendera Malaysia Bendera Persatuan
11.5 SAPAAN DALAM MAJLIS
Semasa
malis pameran berlangsung Bahasa sapaan yang digunakan adalah; :
1.
Yang Berbahagia – Datin Siti Hanifah binti Madarsa
2.
Encik- Noor Azuddin bin Mohd Noordin, Taufix bin Mahat
3.
Cik – Asiah binti Mohd Hashim
4.
Pelajar – saudara/saudari
11.6 PENYEDIAAN ATURCARA MAJLIS
Tujuan
penyediaan aturcara majlis ditulis adalah sebagai panduan untuk ahli
jawatan kuasa mengendalikan
majlis pameran dengan lancar dan licin mengikut
lunas-lunas protocol yang
diterima. Ia juga bertujuan bagi mengawal masa majlis
supaya tidak melebihi masa
yang dirancangkan. Aturcara majlis yang dirancang
pada hari pameran diadakan
adalah seperti berikut :
Aturcara
majlis
10.30 pagi : Pelajar mengambil tempat
11.00 pagi :
Ketibaan jemputan
Ketibaan Pengarah IPGKBM
Datin Siti Hanifah binti Madarsa
Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi Persatuan
KDPM KDC Kemas Ambilan November 2012
Ucapan Pengarah IPGKBM
Datin
Siti Hanifah binti Madarsa
Gimik Pelancaran
Persembahan Multimedia
Penyampaian
Hadiah dan Cenderahat
12.00 tengahari : Lagu Guru Malaysia dan Lagu IPGKBM
Lawatan ke tempat pameran
Jamuan
Bersurai
12 . ISTIADAT BENDERA
12.,1 PENGENALAN
MENGHORMATI BENDERA
Matlamat
untuk mencapai ketaatsetiaan rakyat kepada Negara adalahmelaluiamalan-amalan ketika
menyanyikan lagukebangsaan dan lagu negeri.Ketika menyanyikan lagu kebangsaan dan
lagu negeri pemimpin perlu memastikan setiap ahli-ahli berdiri tegak, tidak dibenarkan
bermain-main atau bersambil lewa .Perkara ini perlu ditekankan kerana perkara tersebut
melambangkan ketaatsetiaan kepada Negara samaada bendera Malaysia atau bendera-bendera
yang lain.
LATIHAN ISTIADAT BENDERA
Pemimpin
bertanggungjawab melatih ahli-ahli cara mengibarkan bendera. Perlu memastikan bendera
yang hendak dikibarkanakan terkibar ketika istiadat sedang dijalankan. Pemimpi perlu
melatih ahli-ahli cara melipat bendera dan mengikatnya supayamudah berkibar apabilatalinya
ditarik dari bawah. Semasa menarik, menurun dan membawa bendera mestilah dilaksanakan
dengan sempurna.JANGAN mengibarkan bendera
secara terbalik terrutama ketika perhimpunan pagi.
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN BAGI MELAKSANAKAN
ISTIADAT BENDERA
Perkara yang
dipertanggungjawabkan :
1.
Pastikan semua ahli telah bersedia berdiri di
hadapan tiang bendera dengan senyap dan berdiri tegak.
2.
Pemimpin tentukan ahli yang bertugas menjalankan
tugas masing-masing semasa istiadat bendera.
3.
Pemimpin tentukan ketua di kalangan ahli untuk
member arahan dan pastikan ahli yang bertugas menarik tali pada tiang bendera
member hormat setelah bendera dikibarkan.
PERKARA YANG PEMIMPIN PERLU DITEGASKAN
SEMASA ISTIADAT BENDERA
1.
Dilarang bercakap-cakap, mengusik-usik,
ketawa dans ebagainya.
2.
Memberi hormat dengan cara yang betul da nbukan bersambil lewa.
3.
Setiap ahli perlu memakai pakaia nrasmi.
4.
Pemimpin-pemimpin berada 3 langkah dibelakang
tiang bendera. Cara susunan berdiri perlu mengikut pangkat atau senior jawatan dari
kanan kekiri. Guru bertugas atau pelajar bertugas perlu berdiri 3 langkah kekiritiang
bendera kerana beliaua kan member arahan.
5.
Jika istiadat bendera itu dibuat dengan bendera
maka nyanyianl agu Negarakud iiringi dengan bendera kebangsaan, nyanyian lagu negeri
dilakukan apabila bendera negeri dinaikkan.
TUJUAN MENGADAKAN ISTIADAT
PENGIBARAAN BENDERA
1.
Menapati masa dalam berkumpul mengikut sekawan.
2.
Menghormati bendera dengan menyanyi lagukebangsaan
dan negerid engan mengiku trentakdan nada yang betul serta bersemangat.
3.
Mendisplinkan diri dengan berdiri tegak ketika upacara istiadat bendera itu sedang
dijalankan.
12.2
SUSUNAN DAN KEDUDUKAN BENDERA
SUSUNAN BENDERA MENGIKUT
PROTOKOL
|
Keutamaan
|
Malaysia / Negeri /
Wilayah
|
|
1
|
Malaysia
|
|
2
|
Pahang
|
|
3
|
Terengganu
|
|
4
|
Perlis
|
|
5
|
Selangor
|
|
6
|
Negeri Sembilan
|
|
7
|
Johor
|
|
8
|
Kelantan
|
|
9
|
Perak
|
|
10
|
Kedah
|
|
11
|
Pulau Pinang
|
|
12
|
Melaka
|
|
13
|
Sabah
|
|
14
|
Sarawak
|
|
15
|
Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
|
|
16
|
Wilayah Persekutuan Labuan
|
|
17
|
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
|
2.2 SUSUNAN DAN KEDUDUKAN BENDERA MALAYSIA APABILA DIKIBARKAN
Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada
di mana bendera-bendera tersebut hendak dikibarkan atau dihamparkan.Susunan
yang biasa dibua tialah:-
(i Susunan diluar dan didalam bangunan
(a) Susunan Pada Hari Biasadan Hari-Ha Kebesaran Persekutuan
Jika hanya dua bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:-
(i Susunan diluar dan didalam bangunan
(a) Susunan Pada Hari Biasadan Hari-Ha Kebesaran Persekutuan
Jika hanya dua bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:-
Jika tiga bendera dikibarkan di
majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri,kata susunan bendera
dalah seperi berikut:
Rajah 6: Susunan Bagi Tiga Tiang Bendera
Rajah 6: Susunan Bagi Tiga Tiang Bendera
(b) Susunan Pada Hari-Hari Kebesaran
Negeri
Jika hanya dua bendera dikibarkan pada majlis peringkat negeri di negeri yang berkenaan, maka susunannya adalah seperti berikut:
Jika hanya dua bendera dikibarkan pada majlis peringkat negeri di negeri yang berkenaan, maka susunannya adalah seperti berikut:
Rajah 7: Susunan Bagi DuaTiang Bendera
Jika tiga bendera dikibarkan di
majlis peringkat negeri di negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:
Rajah 8: SusunanBagiTigaTiangBendera
SUSUNAN
BENDERA DI INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS BAHASAMELAYU
IPG
IPGKBM
13. PENGURUSAN PAMERAN
13.1 SUSUN LETAK
-------------------------------------
----------------------------
-------------------------------------- ----------------------------
--------------------------------------- -----------------------------
--------------------------------------- -----------------------------
PETUNJUK:
= Pintu utama
= Sambutan
= RuangPameran
= RuangPameranUtama
----------------------- =
Kerusi tetamu dan kerusi VIP
=
Pentas Pengacaraan Majlis
= Pentas VIP Berucap
= Ruang Multimedia
= RuangPancaran
Multimedia
13.2 .PENGURUSAN SEBEU.SEMASA DAN
SELEPAS MAJLIS
|
BIL
|
SEBELUM
|
SEMASA
|
SELEPAS
|
|
1.
|
Penubuhan AhliJawatankuasa
|
Protokol
|
Pembersihan tempat pameran
|
|
2.
|
Mesyuarat
|
Sambutan VIP
|
Folio
|
|
3.
|
Surat menyurat
|
Susunatur
|
Refleksi
|
|
|
Jemputan
|
Pameran
|
|
|
4.
|
Persiapan tempat
|
Perasmian
|
|
|
5.
|
|
Penyampaian hadiah
|
|
|
6.
|
|
Jamuan VIP
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama :
Norshafini Binti Shaiddin
No
Matrik : 2012240009
JK- : Pengerusi Program
Pada
5 Disember 2013, kami kumpulan KDPM KDC KEMAS Ambilan November 2012 telah di
pertanggungjawabkan untuk mengadakan program
“Pameran Fotografi” antara KDPM 2012 bersama KDPM 2011. Bagi kumpulan
kami tajuk fotografi yang dipilih bertemakan Flora dan Fauna, pelbagai hasil fotografi yang dapat dipamerkan semasa
program berlangsung.
Program
ini telah dirasmikan oleh Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,Datin Siti Hanifah
Binti Madarsa. Pelbagai nasihat yang yang diberikan oleh Datin kepada kami
khususnya sebagai seorang guru. Program ini telah berlangsung selama 1 minggu.
Sebelum pameran berlangsung,kami telah melantik jawatankuasa bagi melancarkan
program tersebut. Semasa mesyuarat kali pertama,kami telah melantik Ahli
jawatankuasa dan saya telah dipilih oleh rakan-rakan sebagai
Pengerusi Program Pameran
Fotografi ini.
Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan tidak
yakin untuk mengendalikan program, akan tetapi sokongan dari rakan banyak
membantu. Tugas pertama sebagai pengerusi adalah mengetuai jawatankuasa untuk
merancang pelaksanaan program mengikut perlembagaan. Tugas ini amat sukar
kerana saya perlu menjadi ketua kepada rakan-rakan yang lebih berumur dari saya
serta pengalaman mereka yang lebih banyak.
Tugas kedua sebagai pengerusi saya perlu mengurus dan mentadbir persatuan dan setiap AJK melaksanakan tugas masing-masing
serta berhubung rapat dengan pensyarah pembimbing . selain itu, saya juga
bertanggungjawab untuk melaksanakan keputusan mesyuarat jawatankuasa kerja. Mesyuarat yang telah dilakukan sebanyak 2
kali secara rasmi dan beberapa kali secara tidak rasmi bagi menyelesaikan
permasalahan AJK untuk melancarkan program tersebut. Disamping itu, sebelum
program berlangsung,saya telah mengadakan mesyuarat agung persatuan bersama
pensyarah pembimbing.
Tugas
lain sebagai pengerusi program saya mengetuai untuk merancang,melaksana dan
menyelia aktiviti persatuan. Beberapa bulan sebelum program dilaksankan, kami
AJK telah merancang dahulu program ini setelah dimaklumkan oleh pensyarah
pembimbing kami iaitu Cik Asiah Binti Mohammad Hashim dan beliau membantu bagi
memperjelaskan lagi tentang program tersebut.
Semasa program berlangsung,saya bersama AJK dan rakan-rakan dari kelas
KDPM 2011 bersama-sama melakukan persiapan untuk majlis perasmian pameran
sehari sebelum berlangsungnya majlis.
Semasa hari berlangsungnya program pameran
saya merasa teruja dan agak gementar kerana ini adalah kali pertama saya diberi
tugas yang besar. Akan tetapi saya rasa sanagt bersyukur denagn bantuan dan
dorongan dari AJK seperti setiausaha
program yang banyak membantu menyiapkan kertas kerja serta membuat teks ucapan
pengarah serta teks ucapan saya sebagai wakil pelajar. Sewaktu majlis
berlangsung, saya rasa sangat takut dan begitu gementar untuk menyampaika
ucapan dihadapan semua orang.
Pada
mulanya memang takut tetapi setelah beberapa minit saya rasa dapat mengawal
perasaan dan saya dapat banyak nasihat serta bimbingan dari pensyarah dan Datin
sendiri tentang protokol sewaktu majlis rasmi. ini adalah pengalaman pertama
saya serta banyak ilmu yang dapat saya pelajari dan akan saya praktikkan di
lapangan. Pelbagai komen positif yang saya terima sepanjang program
berlangsung. Selepas berakhir program,saya sebagai pengerusi bersama pensyarah
penasihat bersama-sama melakukan “port mortem” program.ini bertujuan bagi
menambah baik lagi program dimasa hadapan .
Pelbagai
maklumat serta nasihat yang diterima oleh saya supaya dapat di perbaiki dan
dijadika teladan dan tauladan bagi melaksanakan program-program lain sewaktu di
IPGKBM atau disekolah saya nanti.Ini terbukti berkesan kerana selepas pulang
kelapangan, saya berpeluang bekerjasama melaksanakan majlis di tabika,segala
ilmu yang diperolehi dapat saya gunakan semasa itu.
Nama : Norlida bt Mohd Sapiai
No
Matrik : 2012240008
JK :Setiausaha.
Di
dalam Program pameran fotografi anjuran Persatuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi saya telahpun dilantik sebagai Setiausaha yang akan menyediakan
kertas kerja bagi program yang telah dirancangkan pada 5 Disember 2013 di Ruang Legar Menara IPGKBM.
Saya
telah menyediakan. kertas kerja yang lengkap berpandukan pada infomasi yang
telah menyediakan kertas kerja yang lengkap berpandukan pada infomasi yang
telah diberikan pada saya oleh Pengerusi Persatuan.
Saya
telah membuat minit mesyuarat yang telah
diadakan oleh persatuan sebelum
mengadakan program pameran fotografi.Saya juga telah menyediakan teks ucapan
pengarah bagi majlis perasmian program pameran fotografi dan teks ucapan wakil
pelajar.Alhamdulillah segalanya berjalan
dengan lancar.
Kesimpulannya,tugas
saya sebagai Setiausaha juga amat mencabar kerana menyediakan kertas kerja yang
merupakan nadi pada perancangan yang kami rancang ini.Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan guru pelatih yang banyak
membantu saya dalam menyediakan kertas kerja ini bersama-sama sehingga kem
motivasi kali ini dapat berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan dan
pengorbanan yang perlu dilakukan.
Sekian
,terima kasih.
Nama : Fauziyah bt Amir
No
Matrik : 2012240004
JK : Bendahari
Di dalam
program Pameran fotografi saya telah di lantik untuk menjadi bendahari di dalam
mesyuarat Ahli jawatankuasa yang telah diadakan.Tugasan saya adalah membuat
kutipan dan pembayaran.Saya juga telah merekodkan segala perbelanjaan wang
keluar dan masuk.
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERSATUAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
ANJURAN
BERSAMA KDPM KDC KEMAS AMBILAN 2012 & 2011.
|
Tarikh
|
Pendapatan
|
RM
|
Tarikh
|
Perbelanjaan
|
RM
|
|
03.12.2013
03.12.2013
03.12.2013
|
Kutipankelas 2A
2012
Kutipankelas 2B 2013
Kutipankelas B 2011
|
360.00
390.00
350.00
|
04.12.2013
04.12.2013
04.12.2013
04.12.2013
|
Hadiah
Phostostat
Makanan
Banner
JumlahPerbelanjaan
Baki di tangan
|
499.10
95.70
325.00
180.00
1100.00
-
|
|
|
JUMLAH
|
1100.00
|
|
|
1100.00
|
Disediakanoleh
: Disemakoleh
:
……………………… …………………………
(FAUZIYAH
BINTI AMIR) ..( )
Bendahari
PersatuanTeknologiDan
Komunikasi
Nama : Fasihah bt Mansor
: Nor Hidaiyu bt Abdul
Halim
: Dayang Idrawati bt
Ismail
JK : SIARAYA
Pada
mesyuarat pertama untuk program aktiviti Persatuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi KDPM KDC Kemas ambilan November 2012, gabungan kelas kumpulan A dan
B telah sebulat suara melantik Fasihah
Binti Mansor ,Dayang Idrawati Binti Ismail dan Nor Hidaiyu Bt. Abdul Halim
sebagai ahli jawatankuasa Siaraya untuk aktiviti Pameran Fotografi bagi
Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Antara
tugas – tugas ahli jawatankuasa Siaraya ialah sebelum program bermula ,kami membuat
slide program menggunakan microsoft power point,
menjemput bahagian media untuk membuat liputan program,membuat video kenangan pelajar untuk ditayangkan,ketika program menguruskan peralatan siaraya untuk setiap aktiviti,menguruskan slide program untuk majlis perasmian pembukaan ,
menguruskan tayangan video kenangan pelajar sebelum pameran dijalankan,
menguruskan muzik nyanyian lagu Negaraku,menguruskan muzik perarakan masuk tetamu kehormat,menguruskan slide video sebagai simbol perasmian dan
selepas program Memastikan peralatan siaraya mencukupi mengikut kuantiti asal serta membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas.
menjemput bahagian media untuk membuat liputan program,membuat video kenangan pelajar untuk ditayangkan,ketika program menguruskan peralatan siaraya untuk setiap aktiviti,menguruskan slide program untuk majlis perasmian pembukaan ,
menguruskan tayangan video kenangan pelajar sebelum pameran dijalankan,
menguruskan muzik nyanyian lagu Negaraku,menguruskan muzik perarakan masuk tetamu kehormat,menguruskan slide video sebagai simbol perasmian dan
selepas program Memastikan peralatan siaraya mencukupi mengikut kuantiti asal serta membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas.
Selepas
itu kami mengambil borang Tempahan Menggunakan Kemudahan Multimedia di Unit
Multimedia tingkat 8 Menara IPGuntuk
prosespeminjaman peralatansiaraya seperti Sistem Siar Raya Mudah Alih ( 1 ),
mikrofon ( 3 ) dan wayar penyambung ( 2 ). Setelah borang lengkap di isi,
borang diserahkan kepada Setiausaha iaitu Norlida Binti Mohd Sapiai.
Pada
5 hb Disember 2013 kami telah menggunakan Sistem Siaraya Mudah Alih di Ruang
Legar ,Menara IPG Kampus Bahasa Melayu. Peralatan itu telah digunakan dari jam
8.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari.
Pemulangan
peralatan siaraya telah dilakukan pada hari yang sama bersamaan dan kami telah
memulangkan peralatan tersebut di Unit Multimedia diTingkat 8 Menara Ipg.
Nama : Norhayati bt Jalil
No
Matrik : 2012240007
JK :PERSIAPAN PENTAS
Program
Pameran dan Fotografi dalam Persatuan Teknologi maklumat anjuran KDPM KDC Kemas
ambilan Nov 2011 dan Nov 2012 adalah gabungan
daripada aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa,kewangan dan
perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan,semasa
program dijalankan dan selepas Program TMK.Proses untuk menjayakan sesuatu
program seperti ini akan mengambil masa dan bermula dari peringkat awal
penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai
keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Peringkat
pertama adalah berkaitan dengan segala aktiviti yang dijalankan sebelum program
ini dilaksanakan.Pada peringkat ini,kami telah diberi taklimat ringkas untuk
mengadakan program TM oleh Pensyarah bertanggungjawab oleh En Ahmad Taufix bin
Mahat.Kehadiran semua pelajar untuk wajib untuk semua peserta.
Selepas
taklimat diberikan,kami telah mengadakan perbincangan bersama bagi memilih lalu
menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan program TMK ini.Ini adalah mesyuarat
yang pertama diadakan yang mana tugas-tugas ahli jawatankuasa telah diterangkan
oleh pengerusi.Setelah ahli jawatankuasa dilantik barulah tugas dan peranan
ahli jawatankuasa yg dilantik memainkan peranan.Saya memegang peranan yang
cukup besar bagi memastikan kelicinan program yang diadakan.
Setelah
membuat pesanan barang yang dikehendaki tempat haruslah ditentukan kedudukan
yang sesuai.Foyer bangunan baru digunakan sebagai tempat pameran.Setelah itu
barulah peralatan disusun mengikut seperti yang dirancang.Pada pagi hari
pameran kehadiran peserta adalah wajib supaya kelancaran program yang diadakan
akan berjaya.
Ahli jawatankuasa yang lain telah
memberi kerjasama yang baik dan ini akan memberi faedah kepada setiap
ahli.Justeru berdasarkan kepada beberapa perkara diatas saya akan jadikan
panduan dimasa akan datang.
Nama : Fauziyah bt Amir
No
Matrik : 201220003
JA : Hadiah
Assalammualaikum,pada mesyuarat yang
lalu saya telah di lantik untuk menjadi Ajk Hadiah bagi Program Pameran Fotografi
untuk Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Saya merasakan tugasan yang di
berikan kepada saya adalah amat mencabar,kerana saya terpaksa memikirkan hadiah
yang sesua iuntuk para peserta pertandingan bagi acara fotografi.Saya juga terpaksa
memikirkan hadiah yang sesuai untuk para pengadil pertandingan dan juga hadiah untuk
VIP. Rakan-rakan sekelas juga banyak membantu dalam member pendapat hadiah apa
yang patut di beli untuk para peserta pertandingan dan juga untuk VIP.Hubungan
yang baik dan kolaborasi bersama rakan,sedikit sebanyak member sumbangan dalam saya
membuat pembelian hadiah.
Saya juga perlu menentukan dan mengira
peruntukan untuk membeli hadiah tersebut. Itu dapat mengajar diri saya untuk menggunakan
dan membeli hadiah mengikut peruntukan yang disediakan. Saya juga perlu memastikan
hadiah itu tidak lebih dari peruntukan yang diberi.Selain itu ia merupakan amanah
kepada saya dalam menyelesaikan pembelian hadiah tersebut,
Bantuan
dari rakan yang baik hati dan pemurah dapat membantu saya dalam menyempurnakan tugasan
ini.Saya juga harus memastikan semua hadiah yang telah di beli berada dalam keadaan
baik sehingga hari pertandingan fotografi di adakan.
Saya
juga harus memastikan acara penyampaian hadiah dapat di lakukan dengan sempurna
semasa hari pertandingan itu di adakan.Dengan bantuan dari beberapa rakana cara
penyampaian hadiah dapat di jalankan dengan sempurna.
Nama :
Nurul nor Ziela bt Ahmad Fodoli
No Matrik : 2012240011
JK :PENGECARAAN
MAJLIS
Syukur
ke hadrat Ilaahi di atas limpah kuriniaNya saya telah Berjaya menyiapkan folio
pengurusan persatuan teknologi maklumat di IPGKBM KL. Pameran fotografi telah
berlangsung pada 5 Disember 2013. Pameran tersebut telah diadakan di ruang
legar Menara IPGKBM KL. Jutaan terima
kasih kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat terutamanya kepada Cik Asiah
Binti Hashim dan Encik Ahmad Taufix Bin Mahat atas tunjuk ajar serta bimbingan
kepada kami sehingga kami selesai melakukan pameran fotografi ini dengan
jayanya.
Pameran fotografi telah memberi banyak ilmu
yang bermanfaat kepada saya. Terima kasih tidak terhingga kepada ahli
jawatankuasa kerana telah memilih saya sebagai pengerusi majlis. Terima kasih
juga kerana memberi saya sepenuh kepercayaan dalam mengendalikan majlis sebagai
pengacara majlis. Saya telah berpasangan menjadi pengacara majlis dengan Zalina
iaitu pelajar daripada KCD KDPM KEMAS 2011. Kami telah bergerak secara
berkolaborasi.
Kami
bersama-sama berkongsi idea dalam penyediaan teks pengacaraan majlis. Setelah
penyediaan teks pengacaraan majlis, kami telah berjumpa dengan Ketua Unit
Kokurikulum iaitu Encik Noor Aizuddin Bin Mohd Nordin untuk memeriksa teks
pengacaraan kami. Terima kasih tidak terhingga kepada En. Noor Aizuddin kerana
telah memantapkan kembali teks pengacaraan kami. Banyak perkara yang saya
pelajari sepanjang memegang jawatan pengacara majlis. Saya telah belajar cara
penyediaan teks yang baik. Saya juga telah belajar menggunakan intonasi yang
sesuai untuk menjadi seorang pengacara majlis.
Saya juga dapat belajar membahagikan tugas
dengan pasangan saya untuk menjadikan program tersebut menjadi menarik. Selain
itu, saya juga dapat belajar cara-cara berkomunikasi di khalayak umum dengan
lebih berkesan. Ada juga beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki untuk
menjadi pengacara majlis yang baik. Saya perlu belajar lagi ilmu-ilmu pengacara
majlis. Saya perlu mempelbagaikan lagi pantun agar teks menjadi lebih menarik.
Intonasi suara saya juga perlu saya perbaiki kerana saya menyampaikan teks
terlalu laju. Saya juga perlu belajar mengawal perasaan gemuruh agar saya tidak
tersilap menyebut perkataan atau nama-nama tetamu VIP beserta jawatan.
Berbekalkan pengalaman menjadi pengacara
majlis di IPG dalam mengendalikan program terutamanya program fotografi banyak
memberikan saya input yang berguna untuk saya jadikan panduan di lapangan. Saya
belajar menjadi lebih berani untuk bercakap di khalayak umum. Saya dapat
mempelajari ilmu penulisan teks pengacaraan majlis dengan mantap lagi. Selain
itu, saya dapat mempelajari cara untuk menarik perhatian umum untuk mereka
memberi perhatian atas pengucapan saya. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan
kepada pensyarah pembimbing kerana banyak memberikan tunjuk ajar serta
bimbingan kepada saya dalam mengendalikan program. Tugas sebagai pengacara
majlis bukanlah mudah. Tetapi hasil daripada kerjasama daripada semua pihak
lebih-lebih lagi pasangan saya, perkara yang sukar menjadi mudah. Saya juga
berharap akan dapat memegang jawatan ini lagi untuk program yang akan datang
Nama :
KHAMSIAH BINTI RAMLI
No Matrik : 2012240004
JK :
KEBERSIHAN
Sebagai
ahli jawatan kuasa kebersihan saya perlulah memastikan perjalanan majlis
lancar, tempat serta makanan yang disediakan semuanya dalam keadaan yang bersih
dan terkawal. Tahap kebersihan tandas dan bilik air juga juga harus diutamakan.
Sebelum majlis berlangsung, saya dan rakan
telah memastikan bahawa tiada sampah atau sebarang kekotoran di dalam bilik
air. Plastik sampah dan tong sampah disediakan dengan secukupnya dan diletakkan
di tempat yang dibenarkan. Tempat majlis berlangsung juga haruslah bersih dan
tiada serangga seperti semut atau lipas di situ. Ruang makan serta peralatan
seperti pinggan, mangkuk, cawan, gelas, sudu, garfu juga hendaklah dalam
keadaan yang bersih.
Semasa
majlis sedang berlangsung, saya juga melakukan perkara yang sama iaitu
memastikan tahap kebersihan tempat majlis, bilik air, ruang makan dan peralatan
yang digunakan adalah memuaskan. Peralatan di meja makan seperti tisu dan
napkin juga disediakan. Selesai majlis, saya dan rakan-rakan telah membersihkan
tempat majlis. Kami mengutip serpihan kertas warna, bunga manggar, kertas-kertas,
tisu, pembalut gula-gula dan botol air mineral tidak kelihatan lagi di tempat
itu.
Setelah memastikan semuanya dalam keadaan
bersih seperti sedia kala dan berpuas hati dengan tahap kebersihannya baharulah
saya dan rakan-rakan meninggalkan tempat majlis tersebut. Sesungguhnya
kebersihan itu amat penting dalam kehidupan kita. Ia harus dipupuk dari awal
lagi sesuai dengan tugas saya dan rakan-rakan yang lain supaya menanamkan sikap
pentingkan kebersihan dalam diri sendiri kepada anak-anak didik kami di
prasekolah. Semoga anak-anak didik kami dapat meneruskan kehidupan dalam
suasana alam persekitaran yang bersih dan indah.
Sekian,
terima kasih.
REFLEKSI
Nama : Siti Maizaton Fozian bt Yahaya
No
Matrik : 2012240013
Syukur
Alhamdulillah pada refleksi ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing kami, Cik Asiah Binti Hashim dan rakan-rakan, kerana telah selesai dengan
jayanya Pameran Persatuan TMK bertempat di Ruang Legar Menara IPGKM pada 5 hb
Desember 2013.
Pamiran
ini hasil kerjasama KDPM KDC KEMAS 2011 dan 2012.Tema kami adalam Flora dan
Fauna. Walaupun berbagai halangan dan
isu yang berlaku,ianya berpunca dari kami semua kerana kurang kemahiran dan
tidak bertanya dengan Pensyarah dan dari rakan-rakan ambilan yang terdahulu kususnya. lngin saya berkongsi
pengalaman sebelum program berlangsung,kami diberi penerangan oleh Cik Asiah
tentang Pamiran yang akan kami jalankan.kemudia kami diminta mengambil gambar
di sekitar IPG.
Walaupun
tahu apa itu Flora dan Fauna,saya masih terfikir gambar apakah yang perlu saya
ambil akhirnya saya mengambil gambar seekor mengkarung . Mengkarun adalah
spisis cicak.Walaupun kuran mahi,kerana kami semua tidak ada kemahiran untuk
mengambil gambar tetapi atas bimbingan Pensyarah, kami dpt menghasilkan gambar
dengan baik,setelah itu kami semua membuat persiapan di Ruang Legar Menara IPG
dengan bantuan dan kerjasama rakan-rakan semua.
Selain
dari pameran fotoscoot, berlansung juga Pameran Broses.Sebelum ini saya tidak
tahu lansung cara membuat broses.Kemudian dengan bantuan rakan-rakan,saya dan
rakan saya Sarina Binti Khalid telah berjaya menjadi pemenang Broses
terbaik..Terima kasih tidak terhingga kepada Cik Asiah kerana memberi peluang
dan pengalaman baru kepada kami. Tahniah
dan terima kasih kepada rakan-rakan semua kerana telah menjayakan Pamera
Fhotografi yang bertemakan Flora dan Fauna dengan jayanya.
Sekian
terima kasih.
Rujukan :
Amir
Hamzah Aman.(2014).Panduan Pengurusan ko
kurikulum.Penerbit: Multimedia Sdn Bhd.
Dr
Tam Yeow Kwai.(2010). Pengurusan Ko
Kurikulum.Penerbit:Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Nota
pengurusan PPersatuan Cik Asiah bt Hashim dan En Ahmad Taufix bin Mahat
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1591-susunan-keutamaan-bendera.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1593-susunan-dan-kedudukan-bendera-malaysia-apabila-dikibarkan.html
No comments:
Post a Comment