Thursday, November 19, 2015

Tugas sebagai Pengerusi , Pengendali dan Urusetia



3.Satu majlis penyampaian hadiah perdana 2015 akan diadakan pada 19 September 2015. Persatuan prasekolah menjadi pengerusi, pengendali dan urusetia. Huraikan penyataan tersebut.

 Tanggungjawab sebagai pengerusi , pengendali dan urusetia untuk Majlis Penyampaian Hadiah Perdana 2015 adalah suatu peranan yang penting bagi memastikan majlis yang diadakan berjalan dengan lancar.Tugas utamanya ialah membuat perancangan dalam mengendalikan majlis tersebut dan memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.
Kertas kerja dibuat bagi memastikan matlamat dan tujuan majlis  itu dapat dicapai. Dalam kertas ini  perlulah ada ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menjalankan tugas masing-masing sebelum , semasa dan selepas majlis. Aturcara program peru dirancang sebaik mungkin supaya masa yang diperuntukkan tidak melebihi dari sasaran yang ditetapkan.
Sebagai pengerusi , pengendali dan urusetia dalam majlis ini seharusnya menitik beratkan tentang anggaran perbelanjaan yang digunakan untuk majlis ini.Contohnya anggaran perbelanjaan untuk persiapan , makan minum , hadiah dan lain –ain lagi. Surat menyurat yang perlu dibuat dan dihantar kepada pihak yang berwajib. Semestinya pemilihan tarikh , masa dan tempat perlu diselaraskan bagi tujuan makluman kepada semua yang terlibat.
Sebagai urusetia , hendaklah sentiasa mengambil tahu perkembangan perjalanan majlis sebelum , semasa dan selepas supaya tidak ada yang tercicir. Mengenalpasti masalah yang mungkin berlaku dan  mencari idea untuk menyelesaikannya.
Peranan dan tanggungjawab sebagai pengerusi , pengendali dan urusetia ini bukan lah tugas yang mudah .Ianya memerlukan sokongan dari ahli jawatankuasa yang dilantik untuk mereka memahami tugas yang telah diberikan kepada mereka. Keberkesanan sesuatu majlis ini bergantung kepada cara pengendalian dari urusetia.

Contoh Sistem Fail



2.Apa yang anda faham dengan sistem fail?
Anda sebagai penyelaras Tabika Seri Kembangan  , Selangor dikehendaki menyediakan sistem yang sistematik untuk sekolah anda.

Sistem fail merupakan adalah satu sistem yang digunakan untuk menyimpan segala data dan dokumen yang terdapat di sesuatu organisasi dengan selamat dan lebih teratur. Sistem ini melibatkan proses mengklasifikasi, menyusun, menyimpan dan  menyelenggara fail-fail bagi memudahkan pengurusannya apabila diperlukan.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat kod iaitu dengan menggunakan singkatan , nombor dan abjad.Ianya dipanggil pengkelasan fail yang terbahagi kepada tiga tahap iaitu contoh susunan fail:
            (i)         Tahap 1 – 99 tajuk
            (ii)        Tahap 2 – 99 subtajuk
            (iii)       Tahap 3 – 99 perkara


 Contoh kod fail yang digunakan di Tabika ialah :-
SEL / TBK / 09 / A/1(01)
SEL-Negeri Selangor
TBK – Tabika
09    – Kod Tabika
 A -  Jenis Fail
1 – Nama Fail
( 01 ) – Bilangan Fail
               



BIL.
JENIS FAIL
SISTEM KOD
NAMA FAIL
1.
Dokumen Pentadbiran
SEL / TBK / 09 / A/1(01)
SEL / TBK / 09 / A/2(01)
SEL / TBK / 09 / A/3(01)
SEL / TBK / 09 / A/4(01)
SEL / TBK / 09 / A/5(01)
SEL / TBK / 09 / A/6(01)
SEL / TBK / 09 / A/7(01)
SEL / TBK / 09 / A/8(01)
SEL / TBK / 09 / A/9(01)
SEL / TBK / 09 / A/10(01)
SEL / TBK / 09 / A/11(01)

Surat menyurat
Aduan dan Cadangan
Surat Arahan Pentadbiran
Fail Meja
Manual Pengurusan Tabika
Surat Pekeliling/Perkhidmatan
Minit Mesyuarat dan Takwim
Fail Pemantauan
Profail Guru
Profail Pembantu Guru
Profail Tabika

2.
Dokumen Kewangan
SEL / TBK / 09 / B/1(01)

SEL / TBK / 09 / B/2(01)

SEL / TBK / 09 / B/3(01)
SEL / TBK / 09 / B/4(01)
SEL / TBK / 09 / B/5(01)

Permohonan Pengeluaran Wang
Tuntutan Makanan Basah Kering
Penyata Bulanan/Akhir
Bil/Baucer
Geran Berkapita (GPK)
3.
Dokumen Aset
SEL / TBK / 09 / C/1(01)

SEL / TBK / 09 / C/2(01)

SEL / TBK / 09 / C/3(01)
SEL / TBK / 09 / C/4(01)
SEL / TBK / 09 / C/5(01)
Fail Am Pengurusan Aset dan Stor
Inventori

Harta Modal
Pelupusan dan Kehilangan Aset
Stok Makanan Kering

4.
Dokumen Hal Ehwal Kanak-Kanak
SEL / TBK / 09 / D/1(01)
SEL / TBK / 09 / D/2(01)
SEL / TBK / 09 / D/3(01)
SEL / TBK / 09 / D/4(01)
   SEL / TBK / 09 / D/5(01)
Profail Kanak-Kanak
Laporan Program/Aktiviti Tabika
Fail Hasil Kerja Kanak-Kanak
Rekod Kesihatan
Rekod Pemakanan


Kertas Kerja



1.      SK Padang Piol akan mengadakan perkhemahan unit beruniform (Perkhemahan Perdana bagi Tahun 2015).Apa yang perlu disediakan untuk melaksanakan Program Perkhemahan Perdana bagi Tahun 2015?

Aktiviti kokurikulum merupakan satu aktiviti yang perlu dirancang dengan rapi perlaksanaannya.Bagi merancang  Program Perkhemahan Perdana bagi Tahun 2015 satu kertas kerja perlu dirancang untuk dihantar kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Pendahuluan untuk  program perkhemahan ini ialah menggabungkan lima unit beruniform  iaitu unit beruniform Pengakap , unit beruniform Pandu Puteri Kadet , unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia , unit beruniform Puteri Islam dan  unit beruniform Kadet Remaja Sekolah.
Objektif dan matlamat untuk mengadakan program perkhemahan ini adalah bagi mengeratkan silaturrahim diantara murid.Melahirkan daya saing yang baik diantara unit beruniform.Melahirkan sikap bekerjasama diantara ahli dan sikap saling bantu membantu di antara pasukan unit beruniform.
Tema untuk program perkhemahan ialah “Semangat Lahirkan Wira” yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam  iaitu pada hari Jumaat , Sabtu dan Ahad dalam bulan Oktober di padang sekolah SK Piol.
Senarai nama pelajar dan senarai nama guru pembimbing untuk setiap unit beruniform yang terlibat.Jawatankuasa kerja ini melibatkan semua unit beruniform dan jawatankuasa kecil perlaksanaan akan dipecahkan kepada unit beruniform masing-masing.Jawatankuasa ini akan melantik :-
·         Pengerusi ,
·          Naib pengerusi ,
·          Setiausaha ,
·          Bendahari ,
·         Urusetia ,
·          Jawatankuasa Disiplin dan Keselamatan ,
·         Jawatankuasa Serantau dan kain rentang ,
·         Jawatankuasa aktiviti kerohanian ,
·         Jawatankuasa hadiah dan sijil ,
·         Jawatankuasa makanan dan minuman,
·         Jawatankuasa penginapan,
·         Jawatankuasa siaraya
·         Jawatankuasa fotografi
·         Jawatankuasa jurulatih pasukan
·         Hakim dan auditor
Aturcara program perlu dirancang bagi memastikan sepanjang program diadakan ,pelajar mempunyai aktiviti dan misi perlu dilaksanakan.Aktiviti yang melibatkan semua unit yang perlu diadakan ialah :-
·         Pertandingan Kawad
·         Pertandingan Masakan
·         Pertunjukan Bencana Alam
·         Pertandingan Khemah dan kawasan khemah terbaik
·         Persembahan Kebudayaan
·         Pertandingan Bantu mula kecemasan
·         Aktiviti kembara
·         Penyertaan khidmat masyarakat di kawasan sekitar

Tempat penginapan untuk peserta program perkhemahan ialah di padang sekolah SK Piol dan jika terdapat sebarang bencana alam yang berlaku , bangunan sekolah iaitu kelas boleh digunakan jika perlu.Bagi melindungi keselamatan peserta perkhemahan pihak penganjur telah bersetuju untuk memilih syarikat insuran Takaful Malaysia.
Pengangkutan yang diperlukan dalam program perkhemahan ini tidak diperlukan kerana jika berlaku kecemasan ,guru pembimbing akan membawa peserta menaiki kereta sendiri.Bayaran untuk menyertai program ini melalui dana dari unit kokurikulum dan syarat penyertaan ialah 40 orang daripada setiap unit beruniform.
                        Untuk anggaran perbelanjaan bagi Program Perkhemahan ini ialah:-
a)      Kos pembelian alat kokurikulum bagi mengendalikan pertandingan yang diadakan.
b)      Kos perbelanjaan makan dan minum peserta Program Perkhemahan ini.
c)      Kos perbelanjaan hadiah seperti sijil penghargaan, cenderamata dan hadiah pemenang.

Penutup dan lampiran untuk program ini berkaitan dengan surat menyurat kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri  dan surat kebenaran daripada pihak ibu bapa.