1.
SK Padang Piol akan mengadakan
perkhemahan unit beruniform (Perkhemahan Perdana bagi Tahun 2015).Apa yang
perlu disediakan untuk melaksanakan Program Perkhemahan Perdana bagi Tahun
2015?
Aktiviti
kokurikulum merupakan satu aktiviti yang perlu dirancang dengan rapi
perlaksanaannya.Bagi merancang Program
Perkhemahan Perdana bagi Tahun 2015 satu kertas kerja perlu dirancang untuk
dihantar kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Pendahuluan
untuk program perkhemahan ini ialah
menggabungkan lima unit beruniform iaitu
unit beruniform Pengakap , unit beruniform Pandu Puteri Kadet , unit beruniform
Bulan Sabit Merah Malaysia , unit beruniform Puteri Islam dan unit beruniform Kadet Remaja Sekolah.
Objektif
dan matlamat untuk mengadakan program perkhemahan ini adalah bagi mengeratkan
silaturrahim diantara murid.Melahirkan daya saing yang baik diantara unit
beruniform.Melahirkan sikap bekerjasama diantara ahli dan sikap saling bantu
membantu di antara pasukan unit beruniform.
Tema
untuk program perkhemahan ialah “Semangat Lahirkan Wira” yang akan diadakan
selama 3 hari 2 malam iaitu pada hari
Jumaat , Sabtu dan Ahad dalam bulan Oktober di padang sekolah SK Piol.
Senarai
nama pelajar dan senarai nama guru pembimbing untuk setiap unit beruniform yang
terlibat.Jawatankuasa kerja ini melibatkan semua unit beruniform dan
jawatankuasa kecil perlaksanaan akan dipecahkan kepada unit beruniform
masing-masing.Jawatankuasa ini akan melantik :-
·
Pengerusi
,
·
Naib pengerusi ,
·
Setiausaha ,
·
Bendahari ,
·
Urusetia
,
·
Jawatankuasa Disiplin dan Keselamatan ,
·
Jawatankuasa
Serantau dan kain rentang ,
·
Jawatankuasa
aktiviti kerohanian ,
·
Jawatankuasa
hadiah dan sijil ,
·
Jawatankuasa
makanan dan minuman,
·
Jawatankuasa
penginapan,
·
Jawatankuasa
siaraya
·
Jawatankuasa
fotografi
·
Jawatankuasa
jurulatih pasukan
·
Hakim
dan auditor
Aturcara
program perlu dirancang bagi memastikan sepanjang program diadakan ,pelajar
mempunyai aktiviti dan misi perlu dilaksanakan.Aktiviti yang melibatkan semua
unit yang perlu diadakan ialah :-
·
Pertandingan
Kawad
·
Pertandingan
Masakan
·
Pertunjukan
Bencana Alam
·
Pertandingan
Khemah dan kawasan khemah terbaik
·
Persembahan
Kebudayaan
·
Pertandingan
Bantu mula kecemasan
·
Aktiviti
kembara
·
Penyertaan
khidmat masyarakat di kawasan sekitar
Tempat
penginapan untuk peserta program perkhemahan ialah di padang sekolah SK Piol
dan jika terdapat sebarang bencana alam yang berlaku , bangunan sekolah iaitu
kelas boleh digunakan jika perlu.Bagi melindungi keselamatan peserta
perkhemahan pihak penganjur telah bersetuju untuk memilih syarikat insuran
Takaful Malaysia.
Pengangkutan
yang diperlukan dalam program perkhemahan ini tidak diperlukan kerana jika
berlaku kecemasan ,guru pembimbing akan membawa peserta menaiki kereta
sendiri.Bayaran untuk menyertai program ini melalui dana dari unit kokurikulum
dan syarat penyertaan ialah 40 orang daripada setiap unit beruniform.
Untuk anggaran
perbelanjaan bagi Program Perkhemahan ini ialah:-
a) Kos
pembelian alat kokurikulum bagi mengendalikan pertandingan yang diadakan.
b) Kos perbelanjaan
makan dan minum peserta Program Perkhemahan ini.
c) Kos
perbelanjaan hadiah seperti sijil penghargaan, cenderamata dan hadiah pemenang.
Penutup
dan lampiran untuk program ini berkaitan dengan surat menyurat kepada pihak
Jabatan Pelajaran Negeri dan surat
kebenaran daripada pihak ibu bapa.
No comments:
Post a Comment