3.Satu majlis penyampaian hadiah
perdana 2015 akan diadakan pada 19 September 2015. Persatuan prasekolah menjadi
pengerusi, pengendali dan urusetia. Huraikan penyataan tersebut.
Tanggungjawab sebagai pengerusi , pengendali
dan urusetia untuk Majlis Penyampaian Hadiah Perdana 2015 adalah suatu peranan
yang penting bagi memastikan majlis yang diadakan berjalan dengan lancar.Tugas
utamanya ialah membuat perancangan dalam mengendalikan majlis tersebut dan
memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.
Kertas
kerja dibuat bagi memastikan matlamat dan tujuan majlis itu dapat dicapai. Dalam kertas ini perlulah ada ahli jawatankuasa yang telah
dilantik bagi menjalankan tugas masing-masing sebelum , semasa dan selepas
majlis. Aturcara program peru dirancang sebaik mungkin supaya masa yang
diperuntukkan tidak melebihi dari sasaran yang ditetapkan.
Sebagai
pengerusi , pengendali dan urusetia dalam majlis ini seharusnya menitik
beratkan tentang anggaran perbelanjaan yang digunakan untuk majlis ini.Contohnya
anggaran perbelanjaan untuk persiapan , makan minum , hadiah dan lain –ain
lagi. Surat menyurat yang perlu dibuat dan dihantar kepada pihak yang berwajib.
Semestinya pemilihan tarikh , masa dan tempat perlu diselaraskan bagi tujuan
makluman kepada semua yang terlibat.
Sebagai
urusetia , hendaklah sentiasa mengambil tahu perkembangan perjalanan majlis
sebelum , semasa dan selepas supaya tidak ada yang tercicir. Mengenalpasti
masalah yang mungkin berlaku dan mencari
idea untuk menyelesaikannya.
Peranan
dan tanggungjawab sebagai pengerusi , pengendali dan urusetia ini bukan lah
tugas yang mudah .Ianya memerlukan sokongan dari ahli jawatankuasa yang
dilantik untuk mereka memahami tugas yang telah diberikan kepada mereka.
Keberkesanan sesuatu majlis ini bergantung kepada cara pengendalian dari
urusetia.
No comments:
Post a Comment